Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shiha jual kanta lekap

PENYANYI yang muncul atas platform program Mentor 5, Shiha menunjukkan keseriusannya dalam bidang seni apabila muncul dengan album solo pertama yang memuatkan lima buah lagu. Penghasilan album dengan nama Shiha di bawah syarikat rakaman Monkey Bone memakan masa 18 bulan untuk disiapkan. Menurut Shiha atau nama sebenar, Nurshiha Mohd. Zikir, album itu agak lama untuk dihasilkan berikutan proses memilih lagu-lagu yang sesuai dengan konsep album. "Empat daripada lima lagu album ini adalah ciptaan komposer Kuncidemak. Single pertama saya pula bertajuk Bila Bertemu Mu ciptaan Ajai," katanya dalam pertemuan majlis anjuran syarikat pengurusannya, 8 Unit dan label Monkey Bone. "Secara keseluruhan, terdapat tiga buah lagu balada dan dua buah lagu rancak. Saya berharap selepas ini saya berpeluang berduet dengan Datuk Sharifah Aini yang merupakan mentor saya untuk album seterusnya," terang Shiha yang teringin menyanyikan lagu asli.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails