Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tomok tidak kecewa

SELAMA ini Shah Indrawan Ismail atau lebih popular dengan panggilan Tomok memang cukup sinonim sebagai seorang penyanyi, tetapi kini dia juga sudah mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Setelah tampil dengan filem sulung berjudul Mantera pada Mei lalu, penyanyi yang sudah bergelar bapa sejak empat bulan lalu itu bakal tampil pula dengan filem terbaharu iaitu Istanbul Aku Datang yang akan dijadualkan tayangannya di pawagam hujung tahun ini. Ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Utusan Karya di Bangi, Selangor baru-baru ini, Tomok menyatakan, bidang nyanyian masih menjadi keutamaan biarpun merasakan semakin seronok berlakon. Pada masa yang sama, juara program One In A Million musim ketiga itu mempunyai keyakinan yang cukup tinggi, filem terbaharunya itu bakal mendapat sambutan yang lebih baik daripada penonton. Kosmo!: Bagaimana kehidupan Tomok selepas bergelar seorang bapa? TOMOK: Sudah tentu kehadiran Arrian Shah Akid dalam kehidupan saya dan isteri, Siti Rahayu Abas sejak 29 Mei lalu telah menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga. Biarpun tanggungjawab saya kini semakin besar apabila menjadi bapa, tetapi ia langsung tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, tawaran membuat persembahan masih lagi banyak terutamanya pada hujung minggu. Apakah projek terbaharu anda sekarang? Buat masa ini saya, sedang dalam proses untuk menghasilkan album solo kedua selepas album sulung yang berjudul Tomok dua tahun lalu. Setakat ini baru satu lagu sahaja dihasilkan berjudul Aku Datang yang merupakan single pertama dan menjadi lagu tema filem Istanbul Aku Datang. Untuk lagu-lagu yang lain pula, ia masih lagi dalam proses pemilihan dan saya memang tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk penghasilan album baru ini. Saya mahu memilih lagu-lagu yang dapat diterima pendengar. Sebelum ini filem lakonan anda berjudul Mantera kurang mendapat sambutan penonton. Adakah Tomok kecewa dengan situasi tersebut? Bagi saya filem Mantera cuma mendapat kutipan tiket yang tidak memberangsangkan, namun saya tetap mendapat banyak komen yang positif daripada penonton tentang lakonan saya dalam filem berkenaan. Bagaimanapun, saya akui masih banyak lagi yang perlu saya pelajari mengenai lakonan. Malah, segala kritikan yang diterima akan saya ambil sebagai sesuatu yang positif untuk memperbaiki lagi mutu lakonan saya pada masa akan datang. Adakah anda meletakkan harapan yang tinggi untuk filem kedua anda iaitu Istanbul Aku Datang? Setiap pelakon pastinya memang berharap filem lakonan mereka dapat diterima penonton. Jadi, saya juga meletakkan harapan yang tinggi dan saya yakin sambutan terhadap filem ini lebih baik memandangkan barisan pelakon yang cukup mantap seperti Lisa Surihani dan Beto Kushairy. Sekiranya filem Istanbul Aku Datang mengalami nasib yang sama seperti Mantera, adakah anda masih lagi mahu berlakon filem? Sudah tentu saya akan terus berlakon sekiranya mendapat tawaran yang sesuai, meskipun kalau filem lakonan saya masih lagi gagal memikat hati penonton. Saya tidak perlu berasa kecewa kerana apa yang lebih penting saya kena terus berusaha memberikan yang terbaik dan tidak boleh berputus asa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails