Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Vince Mahu Badan Lebih Sasa Untuk Diminati

KUALA LUMPUR: Penyanyi Vincent Chong atau Vince, 33, mahu badannya kelihatan lebih sasa sebagai usaha untuk kekal relevan dalam dunia hiburan tanah air. Bekas juara Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini berkata, artis pada hari ini bukan hanya perlu menjual lagu semata-mata tetapi harus menjadi imej dan penampilan kerana ia adalah pakej dalam menarik perhatian peminat. "Saya rasa perkembangan muzik hari ini bukan sahaja artis menjual lagu semata-mata tetapi penampilan dan imej juga. Sebab itu saya sedang giat menurunkan berat badan agar kelihatan lebih sasa dan segak. "Selama ini ramai yang kata saya agak berisi apabila muncul di televisyen, sekali gus membuatkan saya kurang yakin muncul di depan khalayak. Saya ambil inisiatif untuk mengamalkan diet dan bersenam di gimnasium sejak dua bulan lalu," katanya kepada mStar Online di sini. Dalam pada itu tambah Vince, kemampuannya untuk kekal dalam dunia hiburan sehingga kini pula adalah berkat sokongan yang berterusan daripada para peminat dan pihak media yang antara lain menjadi kekuatan untuk dia terus berjuang dalam industri muzik. Katanya, perhatian yang berterusan selama hampir sedekad bergelar penyanyi membuatkan dia tidak mahu mengalah dengan senario muzik tempatan yang tidak menentu. "Keprihatinan dan sikap mengambil berat peminat dan media menjadi kekuatan saya untuk terus berjuang dalam kekalutan industri muzik hari ini. Ketika saya menghilang, anda semua tidak pernah jemu bertanya perkembangan semasa saya. "Perkara inilah yang mendorong saya untuk tidak mengalah walaupun saya terkesan dengan penjualan dan sambutan dingin album tempatan pada hari ini," katanya. Mengenai kerjaya, Vince berkata, dia bakal mempertaruhkan lagu terbaru berjudul Hanya Kau dalam masa terdekat. Katanya, lagu berentak balada itu mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan. "Saya meletakkan harapan yang besar pada lagu ini. Ia adalah titik penentu saya untuk kembali ke persada muzik selepas kali terakhir muncul dengan album pada 2010. "Saya mengambil masa yang paling lama iaitu lima bulan untuk menyiapkannya dan setakat ini respons daripada radio dan peminat sangat memberangsangkan," katanya. Selain itu, Vince turut mengacarakan program bual bicara bola sepak Football Overload di Astro Supersports.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails