Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Marsha jawab isu peribadi

LALUAN anak seni yang ditempuhi wanita jelita ini sejak lapan tahun lalu sentiasa bergelombang. Draf aliran seninya sering bergerak kencang, tak pernah sekali pun mendatar tenang. Pun begitu, tak pernah sekali pun dia mengelak berdepan dugaan mendatang. Anak kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini juga sedar pandangan masyarakat tempatan terhadap dirinya. Tambahan andai ada yang 'sakit mata' melihat penampilan luaran wanita ini yang dikatakan lebih banyak kulit daripada kain baju. Terbaru, wanita menginjak usia 27 tahun pada 6 Disember ini juga berdepan pandangan serong segelintir pihak melabel dia seorang yang gedik sewaktu mengacara program hiburan Propaganza bersama rakan hos, Reza Mohamed. Gelagat pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh yang over itu juga membuatkan ramai orang meluat. Ada juga yang rasa geli melihat tingkah laku Marsha yang dikatakan dibuat-buat dan tak asli sepanjang program itu berlangsung. "Dalam dunia ini, semua orang boleh cakap tentang apa saja. Tak kira sama ada mereka suka atau tak. Kesimpulannya, tak payah kita nak terlalu ambil tahu apa yang orang cakap tentang kita. Apatah lagi cerita negatif. "Maaflah kalau ada yang tak suka saya menggedik semasa mengacara Propaganza. Sebab memang saya buat-buat pun. Benda itu kena buat sebab nak bikin keseluruhan program hidup dan tak bosan rakaman. "Jujurnya, saya sendiri tak sangka boleh mengacara Propaganza. Bila pihak produksi minta saya pergi audition, saya pergi dan dapat. Saya tak tolak job, malah buat sehabis baik. Tak sangka pula ada yang tak suka cara penyampaian saya itu," dedah Marsha berhubung isu gedik yang diperkatakan di ruangan gosip akhbar sebelum ini. Adakah Marsha kesal dengan perkara itu dan mahu membersihkan nama? Pelakon yang membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama berjudul Kerana Karina ini tersenyum manja. "Tak payahlah. Buat apa nak susah-susah. Adatlah jadi orang seni, kena kutuk, caci, maki dengan penonton. Sebab apa yang diluahkan itu adalah tindak balas buat artis sebenarnya. Apa pun, saya senang hati dengan respons yang ada "Asam garam jadi anak seni kenalah terima dengan senang hati. Buat apa kita nak marah-marah pada semua orang. Sebaliknya artis itu sendiri kena ambil pengajaran dari setiap kejadian yang melanda dirinya itu untuk maju ke hadapan. "Saya sendiri tak sangka boleh jadi hos Propaganza untuk musim kedua. Semua itu rezeki. Dan saya kena buat betul-betul, tak boleh main-main," kata Marsha penuh positif. Mengajukan persoalan tentang cabang seni yang paling diminatinya setelah terlibat dalam bidang pengacaraan atau lakonan, Marsha mengakui lebih mengutamakan nyanyian kerana lebih dekat dengan jiwanya. "Terus terang, saya tolak kalau ada tawaran jadi pengacara program serius. Saya sedar kemampuan diri. Tak naklah malukan diri kalau benda itu di luar bidang kita. Begitu juga dengan dunia lakonan. Tak kiralah berlakon drama atau filem. Ia macam bahan eksperimen. Saya nak cabar diri, tak nak duduk di zon selamat. "Tapi bidang nyanyian adalah darah daging saya. Saya kena teruskan perjuangan sehingga ke titisan darah terakhir. Jadi lepas ini, kena lebih serius dan bagi tumpuan 100 peratus" kata penyanyi lagu tema Tentang Cinta untuk drama Sirrun di TV9. Selain lagu tersebut, Marsha juga merakam lagu tema untuk drama Dalam Hati Ada Taman, Selalu Untukmu ciptaan bersama Ajai, Biar (drama Kum-Kum) dan Kepastian Cinta. Single Jujur Bilang Cinta bakal dirakam di Indonesia tidak lama lagi sebelum mengumpulkan semua lagu berkenaan dalam satu album. Gagah tanpa lelakiCERITA tentang kisah cinta anak ketiga dari empat beradik ini menjadi paparan di setiap akhbar sepanjang minggu ini. Marsha juga dengan terbuka bercerita tentang lelaki yang sedang mencuri hatinya itu. Katanya, dia baru mengenal hati budi lelaki berpangkal M itu menerusi rakan-rakannya sejak bulan lalu. Pun begitu Marsha enggan mengulas lanjut tentang identiti lelaki berkenaan kerana menganggap usia perkenalan itu masih terlalu awal. Tambahan pula selepas melalui tempoh pembersihan jiwa lantaran kecewa putus cinta dengan bekas kekasih kira-kira lapan bulan lalu. Pada pertengahan September tahun lalu, Marsha pernah menggegarkan dunia hiburan apabila dikatakan menelan pil sehingga 30 biji sekali gus sehingga mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu kota. "Saya menyepi sekejap sebab nak lupakan kisah cinta lalu. Jujurnya memang susah sebab hati saya ni halus, mudah tersentuh dengan kebaikan budi orang. Tapi bila dah lama-lama, saya fikir buat apa nak ingat kisah lama, jadi saya kena bangkit semula. "Saya nak jadi gagah tanpa lelaki. Setiap hari saya cakap pada diri saya yang 'aku pun boleh berdikari tanpa lelaki'. Saya kutip semula semangat yang hilang, sibukkan diri dengan penggambaran atau apa saja job. Semua itu saya buat untuk lupakan kenangan lalu. "Apa pun, saya akur fitrah manusia yang lelaki dan perempuan saling memerlukan. Kita tak tahu dengan siapa jodoh kita pada masa akan datang. Jadi lebih baik pasrah selain berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri. "Memanglah saya pernah berangan nak kahwin umur 25 tahun, tapi sekarang kena ubah kepada 30 tahun pula," kata pelakon filem Pak Pong, Dr. K Kahwin 5, Juwanita dan Qada ini penuh makna. Adakah Marsha seorang yang memilih, wanita ini pantas menggelengkan kepala sebelum mengakhiri perbualan: "Tak, saya tak memilih. Sebab tak pernah dapat kriteria lelaki yang saya mahukan bila berkasih. Jadi, lebih baik reda saja".
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails