Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Ning hamil?
LAMA Diva tidak mendengar cerita penyanyi bersuara khas, Ning Baizura. Selepas lahir dengan album bertajuk Dewa, dia diam seketika. Mungkin sibuk dengan aktiviti nyanyian di belakang kamera televisyen.
Dalam Diva sibuk bertanyakan teman tentang aktiviti terbaharu penyanyi yang terkenal dengan lagu Awan Yang Terpilu tersebut, ada sumber yang mengatakan Ning sudah pun berbadan dua.
"Ya, Va. Dengarnya Ning sudah hamil. Tetapi dia tidak mahu menghebohkan kandungannya sehinggalah masuk ke bulan yang ketiga. Biasanya, orang-orang tua kita dahulu pun begitu juga, kan? Bagus juga cara Ning tu," kata teman Diva.
Jika benar khabar yang disampaikan kepada Diva, Diva nak sampaikan ucapan tahniah buat Ning dan suami. Semoga Ning sihat-sihat sentiasa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]