Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Linda rahsiakan tarikh dirisik Beego

DIGOSIP menjalinkan hubungan dengan janda jelita tetapi bakal berkahwin dengan anak dara sunti. Menariknya, janda jelita yang dikaitkan dengan dirinya itu pernah digosip bercinta dengan beberapa selebriti muda lelaki lain, manakala anak dara sunti yang bakal dikahwininya itu juga pernah ‘panas’ dengan dakwaan dikatakan merupakan seorang lesbian. Itu hakikat yang bakal dialami pelakon bergelar duda sejak tahun 2009, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah. Gagal melepaskan dirinya daripada perangkap kontroversi, sejak bergelar duda, Beego sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa orang wanita. Setelah bercerai dengan Intan Shahira Mohd. Shahru, nasib Beego ditimpa malang apabila terbabit pula dengan kes pertuduhan khalwat dengan dua kenalan wanita iaitu Azlina Yazit@Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar yang sehingga kini masih belum selesai perbicaraan di mahkamah. Di sebalik gosip menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres Rozita Che Wan, meskipun kedua-duanya sudah menafikan perkara tersebut, Beego membuat kejutan apabila baru-baru ini menerusi kenyataan media mengakui bakal merisik pelakon filem Tanda Putra, Linda Hashim untuk menjadi isterinya bila-bila masa sahaja pada bulan Oktober ini. Justeru, Kosmo! telah menghubungi Linda yang pernah ‘panas’ dengan gosip yang mendakwa dirinya seorang lesbian suatu ketika dahulu untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut. Kosmo!: Adakah benar kenyataan Beego yang mahu merisik Linda pada bulan (Oktober) ini? LINDA: Ya, apa yang dinyatakan oleh Beego itu memang benar dan keluarga Beego akan menghantar rombongan merisik. Namun, saya tidak boleh mendedahkan tarikh yang sebenar buat masa sekarang. Selama ini Linda dan Beego tidak pernah dikaitkan mempunyai sebarang hubungan istimewa. Kenapa kalian berdua tiba-tiba sepakat untuk berkahwin? Sebenarnya saya dan Beego memang sudah saling mengenali kerana sering berlakon bersama-sama. Pada awal tahun ini, barulah hubungan kami menjadi bertambah rapat dan saya pernah membuat kenyataan mengenainya kepada pihak wartawan. Cuma saya tidak mahu mendedahkan sejak bila kami mula bercinta kerana sekarang belum masa yang sesuai untuk beritahu. Biarlah saya bercerita dengan lebih lanjut ketika tibanya hari perkahwinan kami nanti. Apakah yang membuatkan Linda tertarik untuk menerima Beego sebagai bakal suami? Sepanjang kami berkawan dia sudah menceritakan segala-galanya tentang apa yang berlaku terhadap dirinya dan ini sudah cukup membuktikan bahawa dia merupakan seorang lelaki yang baik dan jujur. Melihat kepada keikhlasannya untuk berterus-terang membuatkan saya semakin tertarik dan bersetuju menerima dirinya sebagai teman hidup saya. Insya-Allah, kalau semuanya berjalan lancar kami rancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan (2013). Adakah Linda tidak kisah tentang (kontroversi) diri Beego yang pernah diperkatakan sebelum ini? Bagi saya, seseorang individu itu pasti ada beberapa kekurangan kerana tidak ada manusia yang hidupnya serba lengkap. Maka, bermakna saya tidak boleh terlalu memilih sangat kerana paling penting lelaki yang akan menjadi suami saya itu perlulah seorang yang bertanggungjawab. Adakah dengan keputusan yang dibuat ini akan menutup terus dakwaan yang mengatakan Linda seorang lesbian? Itu semua merupakan cerita lama yang rasanya tidak perlu diungkitkan lagi. Secara jujurnya saya memang kurang selesa apabila diajukan dengan pertanyaan yang sama dan ingin saya nyatakan keputusan mendirikan rumah tangga ini langsung tidak ada kaitan dengan dakwaan tersebut. Bagaimana dengan penerimaan peminat apabila mengetahui Linda dan Beego bakal mendirikan rumah tangga? Setakat ini semua pihak termasuk ahli keluarga serta peminat memberikan sokongan menerusi laman Twitter dan Facebook apabila mereka tahu saya dan Beego bercinta dan akan dirisik dalam tempoh terdekat ini. Jadi, sekarang saya cuma meminta doa daripada semua pihak agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Lagipun pada usia saya sekarang yang sudah mencecah 28 tahun, memang sudah tiba masanya saya mendirikan rumah tangga.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails