Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Koleksi Foto : Cahaya Mata Pertama Haiza & Suami
Agak lama juga kita tidak mendengar cerita mengenai penyanyi Haiza, yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu berjudul “Dag Dig Dug.”
Sebelum ini Haiza dan suaminya, Norhanapfe Omar dikatakan perlah menunggu selama lima tahun untuk mendapatkan cahaya mata sulung mereka dan penantian tersebut akhirnya berakhir apabila Haiza selamat melahirkan putera comel mereka pada 9 September tahun lalu.
Berikut kami paparkan beberapa koleksi cahaya mata pertama Haiza dan suami yang diberi nama sebagai Nur Iman Shafi’e, 6 bulan.
Untuk makluman, Haiza dan Norhanapfe Omar telah mendirikan rumah tangga sejak 24 Ogos 2007.