
BARU-baru ini saya ada menonton rancangan baru berjudul Astana di saluran Astro. Kalau diikutkan tidak ada bezanya rancangan yang memaparkan dekorasi mewah segelintir orang Malaysia yang kaya raya.
Tapi apa yang membezakan rancangan itu dengan rancangan yang lain terletak pada kekuatan pengacaranya. Cukup bersahaja Anita Sarawak mengemudi rancangan tersebut sehingga membuatkan saya terpegun.
Bukan apa, kebanyakan rancangan lain kebiasaannya hanya mengikut skrip. Kebanyakan pengacaranya cukup "plastik" untuk nampak hebat sedangkan kita tahu mereka tak begitu.
Paling menarik sudah tentu melihatkan pergerakan kamera yang cukup lain daripada yang lain. Tidak statik pada satu tempat sahaja ternyata Astana cukup hebat dalam kelasnya yang tersendiri.
Tahniah sekali lagi kepada Anita Sarawak dan pihak produksi yang ternyata menghidangkan sesuatu yang berbeza kepada penonton.
Zulhakimy
Perak.