Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Noh Hujan label wartawan gajah!



TAK habis-habis Zubir mendengar rungutan mengenai kebiadapan Noh Hujan atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 26. Sekitar April lalu, seorang peminat yang juga pelajar universiti tempatan, Zee mendakwa menjadi mangsa kebiadapan Noh menerusi sebuah majlis anjuran universitinya.

Noh dikatakan bersikap biadap melayan kerenah pelajar yang ingin mendapatkan tanda tangannya. Autograf yang mereka peroleh daripada Noh hanya tertera perkataan ‘Awak Busuk’! Namun, Noh tekad tidak mahu memohon maaf kerana beranggapan apa yang dilakukannya sekadar gurauan. Baru-baru ini, Noh sekali lagi dikatakan bergurau, tapi kali ini bukan dengan peminat, sebaliknya bersama wartawan penyiaran program hiburan, Galaksi terbitan TV9, Siti Rohkhaida Abd Khalil, 32, atau lebih popular dengan panggilan Rock. Menerusi laman Twitter Noh, dia meletakkan gambar Rock bersama keterangan gambar, Gajah Jelmaan Manusia! Menerusi temu bual Noh bersama Melodi siaran 2 Januari lalu, sekali lagi Noh memberikan alasan dia hanya bergurau dengan wartawan berkenaan, tambahan pula mereka sudah kenal rapat. Namun, dia sudah pun meminta maaf terhadap wartawan itu sekiranya tindakan beliau menyinggung sensitiviti individu dimaksudkan. Namun, Melodi tidak menyatakan nama wartawan yang menjadi mangsa itu.

Selepas dimaklumkan rakan media yang dilabel sebagai gajah adalah Rock, Zubir terus menemui beliau yang juga dikenali sebagai pelakon filem, drama dan teater itu untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

“Memang saya dah lama kenal Noh, tapi nak kata rapat tak pernah! Sekalipun rapat, gurauan seperti itu boleh menjatuhkan atau mengaibkan maruah seseorang. Tambahan pula saya wartawan penyiaran, saya malu apabila orang ramai mula mentertawakan saya. Saya juga tidak menganggap tindakan Noh sebagai satu gurauan kerana ia membabitkan penyebaran maklumat di laman Twitter, ia bukan peribadi lagi, tapi bersifat umum.

“Jadi, apabila Noh meletakkan keterangan gambar saya sebagai Gajah Jelmaan Manusia, saya terkejut dan terkilan kerana Noh menyamakan saya dengan binatang! Sekalipun Noh dah minta maaf, tapi kesan daripada perbuatannya itu masih meninggalkan parut sampai hari ini. Kalau nak bergurau, ada batasannya dan tak semua orang boleh terima gurauan seperti itu, salah seorangnya saya!,” katanya kesal.
Tambah Rock lagi, Noh yang bakal bergelar menantu VVIP sedikit masa lagi tidak sepatutnya mempamerkan sikat negatif seperti itu. Bagi Zubir, sebagai mentor yang akan terbabit dalam program realiti, Mentor 5 di TV3 tak lama lagi, seharusnya Noh memelihara segala tindak tanduknya dan menunjukkan sikap berhemah dan yang terbaik, ini tidak! Meluatlah...
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails