Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jamal tak bimbang


RAMAI sudah tahu Konsert J2011-Lagenda yang bakal dipentaskan oleh penghibur tersohor, Jamal Abdillah di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur selama empat hari mulai 7 Januari ini tiada penaja.

Seperti mana Konsert Kembara Seniman yang pernah diadakan pada tahun 2009, tiada satu pun syarikat korporat yang tampil untuk menaja persembahan Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali ini.

Namun begitu, ketika mengunjungi Jamal di studio di mana dia mengadakan sesi latihan sebagai persediaan konsert pembuka tirai bagi tahun 2011 ini, secara terus-terang dia mengakui tidak bimbang tanpa penaja.

“Dulu sewaktu Konsert Kembara Seniman, tiada penaja tampil untuk menaja konsert itu. Bagaimanapun kerjasama daripada pihak akhbar, konsert itu bukan sahaja berjalan lancar malahan mampu mendapat sambutan penonton.

“Kumpulan Utusan tampil sebagai akhbar rasmi konsert saya waktu itu. Dengan keseluruhan penajaan dalam bentuk artikel-artikel dan iklan serta promosi yang telah diterbitkan dalam kumpulan akhbar Utusan, apabila dikira semula ia bernilai RM1.3 juta,” katanya ketika ditemui di studio rakaman di Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Jamal, dia agak bernasib baik kerana sokongan yang diterimanya termasuk daripada RTM sudah memadai tanpa kehadiran penajaan dari syarikat-syarikat korporat.

Justeru, katanya, dengan iklan dan promosi yang diberikan oleh media cetak dan media elektronik, konsert sebelum ini berjaya mendapat sambutan box-office daripada para peminatnya.

“Konsert sebelum ini, saya mengeluarkan perbelanjaan sendiri sebanyak RM280,000 dan untuk konsert kali ini, J2011-Lagenda dengan Utusan sebagai akhbar rasmi, saya cuma membelanjakan RM300,000,’’ jelas beliau.

Jamal tidak menafikan, bagi mengadakan sesebuah konsert, bajet menelan berjuta-juta ringgit.

Namun, jika beliau terus menunggu penaja, mungkin hasrat dan perancangan untuk mengadakan konsert akan terbantut.

Bagaimanapun, ketika dilontarkan persoalan apakah kemungkinan penaja takut untuk menaja konsert kerana dia adalah Jamal Abdillah?

Sambil tersenyum namun penuh yakin, Jamal menjelaskan:

“Bukan kerana itu. Mungkin kerana lambat hantar proposal kepada penaja atau syarikat korporat. Kita faham bahawa bajet mereka (syarikat korporat) keluarkan awal tahun sedangkan kita pula datang penghujung tahun untuk mencari penaja.

“Sebenarnya, bagi membuat persiapan untuk mengadakan sesuatu konsert termasuk penyediaan kertas kerja, ia mengambil tempoh selama setahun sebelum penetapan tarikh konsert.

“Pihak yang akan tampil sebagai penaja perlu tahu apakah keuntungan dan pulangan pelaburan yang mereka perolehi sekiranya menaja konsert seseorang artis.

“Itulah yang pihak saya tidak berapa arif nak sediakan. Jadi, kalau pihak penaja tidak tahu apakah pelaburan mereka itu akan memberikan pulangan atau hasil yang lumayan, maka mereka tidak sanggup untuk menjadi penaja,” kata Jamal.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails