Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bulan madu kedua Ben



SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga dengan Elisabeth Nura Paska atau Elsa, ternyata pemain filem, Ben Joshua, 30, masih belum dikurnia cahaya mata. Justeru, kedatangan tahun baru 2011, dia dan isteri tidak pernah berputus harap untuk punya anak sendiri.

"Entah kenapa, isteri saya belum lagi hamil. Tetapi, tidak mengapa kerana ini semua ketentuan Sang Pencipta. Yang pasti, impian memiliki anak menjadi resolusi 2011 kami. Mohon peminat mendoakan yang terbaik buat kami," jelas Ben yang terlibat dalam filem Khalifah.

Pada waktu sama, Ben dan Elsa berharap agar mereka dapat menjalani nikmat berbulan madu kali kedua untuk mendapatkan zuriat. Tanpa berselindung, Ben mengaku ia barangkali mampu memberi 'keajaiban' buat kehidupan mereka.

"Secara kebetulan, ulang tahun perkahwinan kami telah memasuki usia setahun. Saya dan isteri merencana berbulan madu untuk kedua kali selepas bernikah. Namun, kena tengok semula jadual kerja masing-masing," akui Ben.

Begitupun, Ben dan Elsa yang kedua-dua memiliki bilangan keluarga besar tidak tertekan dengan soal anak. Malah, ibu bapa mereka tidak sesekali memaksa. Baik bayi lelaki atau perempuan, ia bukan keutamaan. Yang penting, bayi dilahirkan nanti, sihat dan normal.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails