Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zizan nafi main cinta



APABILA menyedari ada pihak kurang senang dengan penampilan mesranya bersama pengacara dan aktres jelita, Juliana Evans, 22, pada malam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) baru-baru ini, naib juara program realiti, Raja Lawak musim pertama, Zizan, 26, membuat keputusan drastik, berjanji tidak akan tampil lagi dengan mana-mana artis wanita secara terbuka di khalayak ramai untuk mengelak dirinya dihambat kontroversi kononnya mereka pasangan kekasih, walhal hubungan beliau dan pelakon popular itu hanya sekadar teman rapat bukan bercinta.

Difahamkan, kedua-duanya sudah lama mengenali satu sama lain, namun perhubungan mereka menjadi rapat apabila sama-sama terbabit dalam penggambaran filem terbaru, Hantu Bonceng, baru-baru ini. Zizan dan Juliana juga pernah menghiasi akhbar mingguan bulan lalu apabila kedua-duanya memberikan kenyataan mengagumi bakat serta personaliti masing-masing. Justeru, apabila dilihat intim pada ASK 2010, terus saja pasangan berkenaan dilabel sedang hangat bercinta! Pun begitu, sebelum berkawan rapat dengan Juliana, Zizan lebih dulu digosipkan bercinta dengan aktres seksi, Diana Amir, 24, yang baru saja muncul menerusi filem Aku Masih Dara. Lebih menarik, Diana juga hadir pada ASK 2010 itu, namun Zizan dikatakan tidak mempedulikan hati dan perasaannya apabila aktor itu dilihat sentiasa berkepit dengan Juliana. Difahamkan, apabila mereka bertemu pada post party majlis itu, masing-masing bersikap profesional. Gara-gara sikap dingin Zizan, Diana dikatakan jauh hati dengan pelawak itu.
Menerusi ruangan Teropong (B*POP 2 Januari 2011), dilaporkan Diana kecewa Zizan yang dikatakan curang? Antara lain menceritakan aksi mesra Zizan bersama Juliana pada majlis itu hingga terdengar desas-desus Diana berkecil hati gara-gara insiden berkenaan. Difahamkan, Diana menafikan perkara berkenaan ketika ditemubual sebuah stesen radio swasta, baru-baru ini.

Justeru, B*POP mendapatkan penjelasan daripada Zizan berhubung kontroversi yang melanda dirinya ketika ini apabila berpeluang menghubunginya Rabu lalu. Sejauh manakah kebenaran Zizan layak dilabel playboy apabila dia dikatakan bermain cinta dengan dua artis jelita, sekali gus? Tidakkah dia ingin mengambil iktibar sebelum ini apabila ramai artis lelaki yang kecundang dalam kerjaya semata-mata kerana cinta seorang perempuan? Ikuti luahan Zizan.

“Terus-terang, saya sekadar berkawan dengan mereka (Diana Amir dan Juliana Evans). Jika saya benar-benar bercinta, saya mungkin akan menyembunyikan perkara itu. Tapi, disebabkan saya berani tampil dengan Jue (Juliana) pada majlis hiburan seperti ASK2010 itu bermakna kami tidak bercinta. Saya sekadar gembira berkawan dengan dia. Saya dah lama kenal Jue, tapi rapat selepas berlakon Hantu Bonceng.
“Saya belum bersedia untuk bercinta. Dalam industri hiburan ini, saya masih terlalu mentah, jadi lebih baik saya fokus pada kerjaya. Saya lebih sayang kepada kerjaya daripada bermain perasaan dengan orang lain. Demi Allah, saya dengan Jue tidak lebih daripada seorang kawan baik. Saya tak nafikan, Jue memiliki ciri-ciri wanita yang diingini lelaki, namun tidak bermaksud dia adalah wanita yang saya cari.

“Bagi saya, Diana (Amir) tidak pernah berasa hati apabila dia melihat saya bersama Jue kerana antara kami hanya kawan, bukan bercinta. Lagipun, saya seorang artis yang tidak berpendidikan tinggi, apabila dikurniakan rezeki dalam bidang seni, saya tidak akan mensia-siakannya dengan menjalin hubungan cinta. Saya lebih selesa dengan status berkawan, baik dengan Diana mahupun Jue,” katanya berterus-terang.

Tambah Zizan, dia akan menjadi seorang yang lalai apabila bercinta. Justeru, dia akan mengelak diri daripada terjerumus ke alam percintaan buat masa ini. Apabila mengenang kembali sejarah silam, ramai artis lelaki kecundang di persada seni gara-gara kegagalan dalam percintaan, menjadikan Zizan semakin takut dengan istilah cinta apabila khuatir dirinya mudah tersasar.

Zizan sering mengingatkan dirinya supaya jangan mudah lupa diri, bongkak dan bodoh sombong, caranya jangan jatuh cinta. Ibunya, Anai Ibrahim, 53, juga kerap menasihatinya supaya tidak bermain cinta, jika ingin bercinta juga, lebih baik terus kahwin! Fokusnya hanya satu, kerja!

“Bagi saya, perempuan boleh jadi madu dan racun, terpulang kepada kita. Contohnya dadah, ia boleh jadi ubat dan dalam masa sama melalaikan kita. Ketika zaman sekolah, sudah banyak kali saya tumbang kerana perempuan, cinta monyet banyak mengajar saya. Mengarutlah bercinta ni... pengajaran dulu terbawa-bawa hingga ke hari ini apabila bergelumang dalam dunia seni, saya tak nak tumbang kerana perempuan!

“Tidak bermakna saya menolak cinta sekeras-kerasnya, saya bukan gay, tapi bagi saya belum masa sesuai bermain dengan cinta. Setakat berkawan baik, tiada masalah. Saya sayang peminat dan keluarga, kerjaya akan hancur tanpa mereka. Sekiranya saya keluar dengan artis perempuan, pasti ada mata yang ‘berbulu’ melihatnya. Saya berjanji, tidak akan buat perkara seumpama itu lagi (keluar dengan artis wanita di khalayak ramai). Mungkin salah saya, tampil dengan Jue pada ASK 2010 walaupun kami tidak ada hubungan istimewa. Orang lain boleh membuat pelbagai andaian,” katanya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails