Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Peminat Malaysia Marah Datuk Shake


KUALA LUMPUR – Ramai peminat Datuk Shake yang melahirkan rasa marah mereka di laman sosial Facebook apabila penyanyi berusia 61 tahun itu sudah lebih 20 tahun tidak mengadakan persembahan pentas di negara ini.

Menurut penyanyi kelahiran Johor yang popular di Perancis itu, luahan rasa marah itu timbul apabila ramai peminatnya yang mengetahui dia banyak mengadakan konsert di Eropah dan tidak di Malaysia dalam tempoh waktu tersebut.

“Apabila mereka mendapat tahu saya mengadakan konsert di negara seperti Belgium, Perancis dan Amerika Syarikat ramai yang marah. Mereka kata saya seperti sudah lupa diri dan tidak mahu memenuhi permintaan peminat di sini.

“Masalahnya, saya bukan tidak mahu mengadakan konsert di Malaysia tetapi tiada penganjur yang menawarkannya kepada saya. Saya tidak mahulah terhegeh-hegeh mencari penganjur kerana nanti nampak sangatlah saya ini desperate sangat.

“Lagi pun saya harus memikirkan bayaran yang sesuai kerana sebagai artis antarabangsa, saya tidak mahu kemunculan saya ala-ala kadar sebagai artis undangan dalam anugerah tertentu sahaja,” katanya sewaktu ditemui di sini semalam.

Pada pertemuan itu, Shake yang baru sehari tiba di ibu negara hadir pada majlis pra-pelancaran program realiti 1Impian hasil cetusan pengarah Ahmad Idham yang mahu mencari pengarah filem baru yang akan dilancarkan 18 Disember ini.

Penyanyi yang juga bapa kepada empat anak dan lima cucu ini berkata, dia tidak menafikan memang rindu mahu mengadakan konsert terbarunya di negara ini di mana kali terakhir ia diadakan pada pertengahan tahun 1980-an.

Shake yang baru muncul dengan album solo terbarunya berjudul Hier Et D’Aujourd’hui yang dalam bahasa Perancis ini menambah, sebagai artis bertaraf antarabangsa dia akan mengadakan persiapan rapi untuk konsertnya itu kelak.

“Banyak perkara yang saya harus fikirkan antaranya kalau konsert itu mahu diadakan saya perlu membawa para pemuzik saya dari Perancis di mana ia memerlukan kos yang besar. Sebab itu, bukan mudah untuk menganjurkan konsert saya.

“Saya harap para peminat saya faham akan masalah yang saya hadapi untuk menganjurkan konsert di sini. Saya lakukan semua itu pun demi kepuasan para peminat saya juga,” jelasnya lagi yang berhijrah ke Paris pada tahun 1973. – mynewshub.my
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails