Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ke mana Saiful Apek menghilang?

SEJAK kes dadah yang melibatkan Saiful Apek naik turun mahkamah, saya lihat populariti yang pernah diraih oleh Apek satu ketika dahulu sudah semakin menurun dan semakin hilang pengaruh. Tapi setelah dia bebas daripada kes tersebut, Apek perlu bangun semula untuk membuktikan yang dia masih lagi berbisa seperti pelawak lain. Bukan apa, industri lawak kita semakin hari semakin banyak persaingan. Setiap tahun ada sahaja muka-muka baru yang muncul dan sedikit sebanyak akan menenggelamkan pelawak lama seperti Apek. Walaupun ramai yang beranggapan lawak yang dibuat oleh Apek stereotaip tapi tak bermakna lawak itu tidak berkualiti. Kebanyakan pelawak baru yang ada hari ini langsung tidak ada arah dan hala tuju. Mungkin mereka juga tidak tahu nak jadi apa sebenarnya. Kepada Apek, pastikan anda kembali ke industri dengan satu azam yang baru. Tinggalkan perkara-perkara negatif yang menyelubungi anda selama ini dan fokus untuk berjaya. Ramai lagi yang menyokong Apek walaupun tidak disuarakan secara terang-terangan. Khatijah Husin, Mambau, Negeri Sembilan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails