Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Tolak jika ada Amy
KELAKAR tapi benar, ini kisah yang disampaikan oleh sumber berita Diva Ashafina Layola Lewis yang sering tampil dengan cerita sensasi panas berapi. Kalau naga sakti boleh baca gosip, naga pun makan hati sebab gosip Diva itu lebih panas daripada api mulutnya.
Kisahnya, ada seorang penyanyi yang tidaklah setahun jagung dalam industri tetapi sudah dikenali ramai dengan genre dan suaranya yang ala-alah bolehlah tahan.
Cerita Ashafina membuatkan Diva ketawa berdekah-dekah. Tidak tahu kenapa tetapi khabarnya penyanyi itu menolak satu persembahan nyanyian yang eksklusif dan mewah jika dia beradu atas satu pentas dengan penyanyi ternama, Amy Search.
"Tidak pasti dia tidak mahu satu pentas kerana takut dengan kehebatan Amy Search atau pun dia rasa diri dia itu taraf antarabangsa. Tetapi dengarnya itu syarat yang diberikan kepada pihak penganjur jika mahu dirinya menyanyi. Tapi kalau aku jadi penganjur, sah-sah aku pilih yang lebih sedap menyanyi. Tepuk dada tanya seleralah, siapa yang lebih legenda. Dengan penyanyi legenda tak nak, dengan yang suam-suam kuku apatah lagi gamaknya," ketawa sumber Diva manja.
Macam-macam perangai juga penyanyi generasi baharu ini. Kalau sikap begini, agak-agaknya berapa lamalah boleh bertahan? Ataupun jadi penyanyi sebab hobi sahaja, ada duit boleh album.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]