Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Khairul Fahmi Akui Leuniey Bukan Teman Biasa
Khairul Fahmi Akui Leuniey Bukan Teman Biasa: Penjaga gol Malaysia , Khairul Fahmi Che Mat mengakui hubungannya dengan Leuniey bukan sekadar teman biasa.
Menurut Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek, dia memberitahu bahawa hubungannya dengan Leuniey kini berada dalam fasa mengenali antara satu sama lain.
Khairul Fahmi berkata sedemikian sebagai respon terhadap usikan salah sebuah laman hiburan terkenal melalui artikel bertajuk Foto Mesra Khairul Fahmi & Leuniey. Bakal Bertunang?’ yang dipaparkan pada hari Jumaat lalu. Melalui laporan akbar Metro, Khairul Fahmi mengatakan gosip mengenai pertunangan itu adalah tidak benar, namun apa yang penting baginya, Leuniey kini bukan sekadar kawan biasa.
Dalam pada itu, Leuniey turut berkata, “Saya tahu gambar saya dan Apek dipaparkan di sebuah blog. Saya rasa itu perkara biasa. Ia sekadar gambar.
Pada sekitar pertengahan tahun ini, Khairul Fahmi dan Leuniey sudah mula memberikan respon tentang hubungan istimewa mereka dengan berkongsikan foto cincin melalui laman instagram.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]