Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pengalaman ngeri Nabil


KUASA Tuhan mengatasi segalanya. Siapa tidak ketakutan kalau duduk di atas motosikal yang disangkut pada rantai dan dikawal kren pada ketinggian bangunan lima tingkat.

Itulah pengalaman Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak ketika pengambaran filem Kecoh Betul yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Menurut figura yang berusia 27 tahun itu, apa yang lebih menggerunkan ketika sedang melaksanakan babak tersebut ialah apabila rantai yang menyangkut motosikal yang dinaikinya itu telah tersekat.

Katanya, gara-gara tersekat, rantai itu telah terkeluar dari landasannya.

"Ketika itu saya cemas sangat, walaupun rantai itu besi tapi tak mustahil boleh putus. Macam-macam saya fikir masa itu. Apa-apa pun nasib baik selamat.

"Nasib baik, selepas itu pengendali kren itu menurunkan saya dan motor itu perlahan-lahan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Membandingkan Kecoh Betul dengan filem lakonannya sebelum ini, Lu Pikirlah Sendiri The Movie yang meraih kritikan negatif terutama dari segi lakonannya, jelas Nabil, menerusi Kecoh Betul ada peningkatan.

"Kecoh Betul kurang babak romantik berbanding Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Dalam pada itu, saya dah banyak dapat maklum balas yang positif daripada penonton yang memperkatakan lakonan saya bertambah baik dalam Kecoh Betul," ujarnya.

Kecoh Betul yang menggandingkan Nabil dengan aktres jelita, Diana Danielle dan Saiful Apek itu mengisahkan tentang kehidupan anak-anak muda hari ini yang berkerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails