Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rozita minta maaf pakaian ghairah


ZUBIR sebenarnya tak begitu teruja nak menonton konsert final Akademi Fantasia 8 (AF8) disebabkan program realiti berkenaan kurang ‘demamnya’ berbanding musim terdahulu. Tapi, Zubir tetap ikuti juga perkembangannya. Pada mulanya, malas nak pergi ke lokasi berlangsungnya acara itu kerana mahu menontonnya di rumah saja.

Namun, atas dasar menghormati undangan daripada teman baik sendiri iaitu Pengetua AF8, Norman Abdul Halim dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, Zubir sanggup juga kaki melangkah keluar rumah menuju ke Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu. Tirai konsert AF8 dimulakan dengan persembahan daripada sekumpulan penari yang mengenakan jubah berhud muncul di tengah-tengah pentas, sambil ‘api’ dinyalakan. Aksi mereka persis di dalam filem Harry Porter! Sekalipun sekadar gimik dalam usaha memperkenalkan lima finaslis, daripada sudut lain, ia seolah-olah memperlihatkan ‘upacara pemujaan’ sedang berlaku di pentas AF8! Memang terlalu banyak benda yang ‘pelik-pelik’ berjaya Zubir teropong pada malam itu, namun Zubir sekadar pejamkan mata saja buat-buat tak nampak. Zubir lebih rela mengucapkan syabas kepada semua pemenang lebih-lebih lagi kepada Shahir dan Adira yang diharapkan boleh bertahan lama dalam industri hiburan. Pun begitu, penari wanita yang mengiringi kebanyakan persembahan pada malam itu, memang hot babe!

Masih lagi mengenai konsert final AF8, tapi kali ini Zubir ingin menyentuh kehadiran artis dan personaliti popular yang turut memeriahkan majlis malam itu. Dalam ramai artis popular yang hadir, Zubir terpandang kelibat aktres jelita atau hot mama, siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan yang hadir mengenakan dress pendek warna merah menyala! Menerusi pengamatan Zubir, lawa Rozita malam itu tapi tak sangka pula dia jadi bahan gosip!

Menerusi ruangan pojok Normah Becok terbitan Berita Harian, 27 Mei lalu, Rozita ditegur apabila skrit pendek yang digayakan terselak hingga ke pangkal peha apabila dia duduk di kerusi penonton! Bayangkan ‘pemandangan indah’ yang dapat disaksikan! Insiden itu dilabel kurang sopan, lebih-lebih lagi situasi Rozita yang baru saja pulang ke tanah air mengerjakan umrah pada 8 Mei lalu!

Antara komen Normah Becok: “Memanglah cantik dan menggiurkan, tetapi skirt pendek paras atas lutut yang apabila duduk menyerlahkan keputihan pehanya. Lagi pun Ita baru saja pulang dari umrah, bukankah lebih elok jika memakai pakaian yang lebih sopan. Dalam sebuah drama yang disiarkan Astro juga turut menampilkan Ita berpakaian sopan, lengkap bertudung. Tapi realitinya... aduhai!
“Kalau iya pun nak bergaya, fikirkanlah kesesuaian majlis. Kalau boleh bila pergi ke majlis yang ramai peminat, berpada-padalah sikit bergaya. Apatah apabila masa AF8 hari itu, sebahagian besar penontonnya remaja dan orang muda.”

Zubir berjaya mendapatkan komen Rozita yang ketika itu sedang bersiap hendak ke Bukit Fraser menjayakan sebuah penggambaran drama. Katanya lagi, dia bukan baru sekali mengerjakan umrah, masuk yang terbaru ini, sudah tiga kali dia ke Tanah Suci!

“Saya akui kelalaian saya, sewajarnya saya perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling yang dipenuhi peminat dan rakan wartawan. Mungkin kerana faktor masa, tak sempat cari baju lain, selain teruja dengan rekaan baju tajaan Calvin Thoo, saya lalai dengan status diri yang baru saja pulang dari mengerjakan umrah.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atas keterlanjuran pakaian saya pada malam final konsert AF8 tempoh hari. Kalau ikutkan hati, saya nak berhenti berlakon serta merta, lambat sangat nak tunggu sampai tahun depan! Inilah pengajaran paling berharga sepanjang karier lakonan saya. Saya benar-benar tersentak dan malu dengan apa yang berlaku pada malam itu.

“Sekali lagi saya mohon maaf, saya perlu lebih berhati-hari memelihara sensitiviti orang Melayu, masyarakat Timur dan orang Islam khasnya, selain perlu menjaga nama baik keluarga dan orang tersayang...,” katanya yang kini bercinta dengan pegawai bank di Singapura dikenali dengan nama S saja dan berusia 34 tahun.

Hanya kalimah maaf yang mampu terpacul daripada mulut Rozita di atas kelalaian dan keterlanjurannya. Sekurang-kurangnya Rozita mengaku kesilapannya dan terus minta maaf, tidak berdolak-dalik seperti segelintir artis yang selagi boleh cuba menuding jari mencari kesalahan orang lain tanpa disedari empat lagi jarinya, terkena diri sendiri!

ZUBIR: Sudahkah Noh Hujan minta maaf kepada pelajar wanita sebuah universiti tempatan di atas keterlanjuran sikapnya yang dianggap biadap?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails