Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jimmy Shanley bertunang


SUNGAI BULOH 11 Jun - Pengacara Akademi Fantasia 8 (AF8), Jimmy Shanley, 30, mengikat tali pertunangan dengan anak seorang usahawan kosmetik terkenal tanah air di sini malam ini.

Majlis pertunangan yang diadakan di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra dekat sini dihadiri keluarga terdekat dan juga kenalan artis.

Tunang Jimmy, Nur Suhaila Eliani Suhaimy, 24, yang kelihatan anggun dalam persalinan berwarna merah jambu merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada awal Oktober nanti.

Pertunangan Jimmy itu menolak dakwaan bahawa beliau sudah melangsungkan perkahwinan sebelum ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails