Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pesanan terakhir Achik untuk Tasha

Sering kau tanyakan
Cintamu di mana
Sering kau menuntut
Ucapan asmara
Tak mungkin berdusta
Perasaan ini
Dan kau tak mengerti
Di hati ini
Yang sebenarnya
Engkau aku cinta
Permata dalam rindu
Ku hadiah untukmu
Saling memerlukan
Bila berjauhan
Harap kau mengerti
Perasaan ini…

Inilah bait-bait lagu yang ditujukan oleh Allahyarham Achik kepada isterinya, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau lebih dikenali dengan nama panggilannya Tasha. Beberapa minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir, bekas vokalis kumpulan Spin ini sering meminta suri hidupnya itu mendengar dan menghayati lirik lagu ini yang mewakili perasaan cintanya terhadap Tasha.

Kini apabila mendengar sahaja lagu ini, air matanya mengalir deras. Terkenang kembali saat-saat manis yang dilalui sepanjang lima tahun meniti alam perkahwinan bersama Achik atau nama sebenarnya Murad Md Shari. Lagu ini memberi makna yang begitu mendalam selain menjadi kenangan terakhir bersama suaminya. Jika Engkau Yang Ku Cinta itu menjadi l uahan hati Achik terhadap dirinya, apa pula bicara jiwa Tasha yang kehilangan insan yang amat di cintai. Justeru minggu ini MW mengajak pembaca menyelami hatinya. Biar pun sedih namun yang pasti dia tabah menghadapi ketentuan Allah S.W.T.

“Sebulan sebelum Achik meninggal dunia, banyak perubahan yang saya lihat dalam dirinya. Dia banyak mendiamkan diri dan tidak ceria seperti selalu. Dia juga seperti hilang fokus dan kelihatan lesu. Saya hairan tetapi saya anggap mungkin dia keletihan kerana urusan seni dan perniagaan. “Arwah berulang kali meminta saya mendengar dan menghayati lagu barunya, Engkau Yang Ku Cinta. Katanya lagu ini dia tujukan khas buat saya. Sehingga kini, saya tidak boleh mendengar lagu-lagu arwah dan menatap gambarnya, saya terlalu sedih dan masih trauma dengan tragedi yang berlaku. Dia memanjakan saya dan anak-anak, kenangan bersamanya tidak mungkin saya lupakan,” ujar Tasha menahan sebak.

Khabar duka
Bercerita mengenai detik-detik terakhir bersama arwah suami, kata Tasha kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada tiga hari sebelum tragedi kemalangan. Walaupun Achik sibuk dengan urusan kerja namun dia tidak pernah mengabaikan keluarga. “Achik selalu menelefon bertanya khabar saya dan anak-anak. Malah sehari sebelum kemalangan, arwah sempat membuat panggilan video untuk bercakap dan melihat anak-anak, Putri Nursafiyya, 2, Putri Nursumayya, 1 tahun.

“Pada hari kejadian iaitu 17 April, Achik banyak kali menghubungi saya dan anak-anak. Saya rasa pelik dengan sikapnya, saya tanya kenapa dia kerap sangat menelefon saya. Achik kata dia hanya mahu berbual dengan saya dan anak-anak. “Malah sebelum membuat persembahan secara langsung dalam program Gah 1 di RTM, dia sempat menghubungi saya dan meminta kami anak beranak menyaksikannya di kaca tv. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, setengah jam sebelum kemalangan berlaku Achik menghubungi saya. Achik meminta saya dan anak-anak bersiap, dia mahu membawa kami keluar.

“Saya dan anak-anak memang tidak sabar untuk bertemu dengannya. Kami menanti kepulangannya dengan penuh sabar. Lebih kurang jam 6.15 petang, telefon saya berdering. “Saya ingatkan Achik sudah sampai rupa-rupanya Salihin memberi khabar duka. Katanya Achik dan dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Achik sudah kembali ke rahmatullah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu,” cerita Tasha.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails