Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cukup-cukuplah mengata saya – Alyah


KEMENANGAN Alyah dalam pertandingan malam kemuncak Gah 1 baru-baru ini cukup menggembirakan hatinya. Namun kemenangan yang diidamkan oleh penyanyi bernama Norhasliah Abu Hassan, 29, ini seolah-olah tidak membawa sebarang kebaikan empunya diri. Malah penyanyi yang sering dihimpit khabar-khabar kurang enak ini masih dikaitkan sebagai artis kontroversi terutama dalam isu pergaduhan sehingga dilabel sebagai artis kaki gaduh selain dicop ‘panas baran’.

Popular dengan lagu, Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai dan liriknya ditulis oleh Habsah Hassan, Alyah sebelum ini dilaporkan bergaduh dengan jurusolek dan pengurus sendiri. Malah dia juga telah membuang orang keliling yang selama ini banyak membantu menaikkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Kepada wartawan Pancaindera, Siti Athirah Dzulkifly, Alyah menjawab spekulasi mengatakan dia seorang yang panas baran dan kaki gaduh.

Ada yang kata, Alyah menang pun tak meninggalkan impak, boleh komen?

Saya mengaku memang sebelum ini ramai yang masih samar mengenali Alyah, tetapi Alyah bersyukur selepas lagu Tak Mungkin Kerana Sayang meletup, semakin ramai yang mula mengenali Alyah. Lagipun sekarang ini banyak artis yang sedang meningkat naik, mungkin ada peminat yang tidak sedar dengan kewujudan saya sebagai penyanyi walaupun mereka cukup menggemari lagu tersebut.

Jadi, terima sahaja keadaan kurang popular macam sekarang?

Terus terang saya memang kecewa dengan situasi ini. Tetapi saya bukan jenis orang yang hendak menuding jari pada orang lain. Dalam hal ini, saya tahu saya perlu bersabar. Malah, sebagai pendekatan, saya cari dan gali semula apa punca sebenar bermula dengan memperbaiki imej diri dan ternyata ia semakin menampakkan hasil.

Puas hati ke dengan imej baru sekarang?

Ya, setakat ini saya gembira dengan perubahan imej yang lebih segar. Macam yang saya katakan tadi, ini semua dilakukan bagi memastikan peminat sedar dengan kewujudan saya walaupun ada pihak yang mengkritik imej saya ini macam meniru penyanyi Rihanna. Saya tak boleh hendak puaskan hati semua orang sebab saya tahu ada sesetengah kritikan bukan bermaksud untuk menjatuhkan kita sebaliknya ia satu kritikan membina.

Betul ke Alyah pakai kereta mewah BMW sekarang? Sapa taja?

Oh! Memang Alyah pernah bawa BMW. Tetapi jangan salah sangka, kereta itu milik abang dan kakak ipar saya. Peminat perlu faham kerjaya Alyah turut memerlukan Alyah mengembara ke seluruh negara bagi memenuhi undangan persembahan. Jadi kadang-kadang saya akan pinjam kereta kakak ipar itu bagi mengisi barang saya yang banyak. Jadi tak timbul isu siapa taja siapa dan harap semuanya jelas.

Kenapa perlu pinjam? Show melambak, tiada duit nak beli kereta sendiri?

Saya ada kereta sendiri, MyVi yang saya beli 3 tahun lepas. Kalau saya hendak pakai kereta BMW pun saya memang mampu. Mengapa? Sebab rezeki saya semakin dimurahkan Allah SWT menerusi undangan persembahan dan sebagainya yang tidak putus-

putus kebelakangan ini. Saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Tentang kereta, memang ada dalam perancangan cuma belum masanya lagi.

Isu gaduh dengan jurusolek artis, pereka fesyen dan pengurus peribadi? Memang Alyah kaki gaduh ke?

Cukup-cukuplah mengata saya. Saya tidak bergaduh dengan pengurus peribadi saya dan dia masih bekerja dengan saya. Malah, saya juga masih bekerjasama dengan pereka fesyen tersebut dan kami tidak ada masalah setakat ini. Saya akui mungkin sebelum ini ada salah faham timbul tetapi tidaklah sampai kami bergaduh, bertumbuk atau mengeluarkan kata-kata kesat. Orang lain yang pandai-pandai nak buat cerita. Saya pun malas nak ambil pusing cakap mereka dan membiarkan sahaja cerita itu berlalu.

Macam mana pula dengan jurusolek artis yang terlibat itu?

Pada saya, hal ini hal lama. Saya sudah maafkan kesalahan dia dan saya bertekad tidak mahu lagi menyentuh atau bercerita tentang hal ini. Sekarang pun kami membawa haluan masing-masing. Saya percaya ada sebab mengapa tuhan itu menentukan hubungan persahabatan kami sampai di situ sahaja. Dan kalau boleh saya tak mahu sesiapa ungkit lagi cerita tersebut.

Betullah Alyah ini seorang yang panas baran?

Itu tidak benar. Sebagai manusia biasa, saya juga ada sifat marah tetapi bukan panas baran. Marah saya bertempat. Malah, dalam keadaan begitu pun saya masih akan menghormati individu itu dengan cara bukan memarahinya di khalayak sehingga memalukannya. Itu bukan cara saya. Jadi pada orang yang tak mengenali saya diharap tak membuat tuduhan yang bukan-bukan.

Tak takut ke imej terjejas bila orang kata Alyah penyanyi bermasalah?

Saya sudah berada dalam industri ini sudah 10 tahun. Dalam tempoh itu saya banyak mengkaji dan belajar daripada artis-artis lain yang lebih lama bagaimana mereka menangani dugaan begini. Bukan soal takut atau tidak, cuma saya lebih suka memekakkan telinga dan biarkan apa orang lain mahu katakan. Yang penting saya perlu fokus pada kerjaya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails