
UMUM sudah mengetahui, artis cantik Indonesia, Cinta Laura sekarang sibuk dengan aktivitinya di universiti dan semakin kurang dengan aktiviti lakonannya.
Bahkan, aktres dan penyanyi itu turut
mengaku dunia hiburan kini menjadi sekadar hobinya semata.
"Dunia hiburan kini hanyalah hobi saya. Ini kerana saya tidak teringin untuk menjadi seperti artis-artis lain yang setiap hari bekerja.
"Bagi saya, seminggu tiga kali sudah mencukupi. Lebih baik, kalau hanya hujung minggu sahaja bekerja dan hari selebihnya saya tumpukan pada pelajaran," katanya.
Saat ditanya adakah dia tidak takut bersaing dengan artis-artis baru, Cinta memberitahu dia tidak kisah mengenainya.
"Itu bererti Indonesia mempunyai banyak artis yang berbakat besar. Saya cuma mahu nikmati masa remaja saya, jadi saya tak kisah ada pesaing," katanya.