Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

'Saya bukan artis kontroversi!-Putri Mardiana



“USAH kerana perceraian yang berlaku, lantas saya dilabel sebagai artis kontroversi apabila kisah peribadi lebih dihebahkan berbanding karier.Mungkin permulaan kerjaya seni saya sudah tertulis begitu. Cuma jangan terus saya diasak persoalan peribadi kerana sudah hampir setahun perceraian itu berlaku,” kata Putri Mardiana Zainal Abidin.

Perpisahan dengan Shahnaz Norwawi, 32, pada permulaan langkah Putri Mardiana atau mesra disapa Nina bergelar pelakon pernah mengalihkan sedikit perhatian peminat terhadap bakatnya. Ditambah mulut sinis yang menyelar, bahkan ada tergamak mengandaikan perpisahan itu berlaku kerana Nina terlalu ingin mengejar populariti cukup menghiris hatinya.

Bagaimanapun, Nina, 28, bersyukur masih ada segelintir yang positif menerima kehadirannya tanpa terlalu peduli sejarah silam hidupnya.
"Bayangkan saya baru 10 bulan berlakon tetapi peminat sudah menerima dan meletakkan saya sebaris dengan nama popular lain. Pencapaian itu adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangkakan”

Nina
Pelakon “Selepas berpisah, fokus saya lebih terarah kepada karier. Aneh rasanya jika ada beranggapan kontroversi diri saya lebih hebat berbanding perjalanan karier. Jika pun terpalit kontroversi, itu hanya ketika perpisahan dengan bekas suami berlaku. Cuma sekali itu. Jadi mana mungkin saya dikenali kerana kontroversi,” bantah Nina terhadap label yang diberikan kepadanya.

Bicara Nina, tidak mudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal apatah lagi selepas menyerahkan seluruh jiwa dan minatnya dalam bidang yang mencuri perhatian masyarakat. Akui Nina jujur, terlalu banyak perkara yang tidak pernah dijangka berlaku kepada dirinya. Itu belum lagi gangguan daripada lelaki yang cuba menagih perhatian membuatkan Nina bingung.

“Mental perlu kuat untuk menepis semua godaan itu. Bukan saya menolak lamaran cinta cuma saya memerlukan masa untuk menilai keikhlasan seseorang. Ada ketika, saya curiga dengan mereka yang datang menghampiri. Apakah mereka ikhlas mahu berkawan atau sekadar mengambil kesempatan?

“Mujur juga pergerakan saya sentiasa ditemani pembantu peribadi. Sedikit sebanyak kehadirannya memberi saya kekuatan, malah turut membantu saya menepis semua kekalutan itu. Saya tidak mahu kerana terlalu mengikut kata hati, karier yang sedang berputik diperjudikan. Biarlah saya sendiri membina karier dulu, sementelah saya memang ada keinginan untuk bergelar pelakon sejak dulu lagi,” kata pelakon Santau dan Mantera ini.
Sikap hati-hati Nina turut meraih kepercayaan peminat yang meletakkan namanya dalam senarai Top 5, Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 pada kemuncaknya, malam ini. Bagi Nina, pencalonan itu umpama faktor pendorong yang melonjakkan kesungguhannya untuk terus memberikan yang terbaik.

Lebih membuatkan pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu terharu, pencapaian itu diterima tatkala pembabitannya secara serius sebagai anak seni belum mencecah setahun.

“Bayangkan saya baru 10 bulan berlakon tetapi peminat sudah menerima dan meletakkan saya sebaris dengan nama popular lain.

“Pencapaian itu adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangkakan. Sampai hari ini, saya masih tertanya benarkah saya mempunyai peminat,” tutur Nina tulus sambil mengakui belum masanya untuk dia menolak segala tawaran yang datang tetapi itu juga bukan bermakna dirinya tamak.

“Cuma sekali saya memegang watak utama menerusi filem Santau. Selebihnya watak pembantu atau sokongan tetapi saya tidak pernah mengeluh. Kecil atau besar peranan diberikan, harus disempurnakan dengan kesungguhan. Saya percaya kerja keras ini akan menampakkan hasil seterusnya membuka pintu rezeki lebih luas nanti,” katanya.

Sesi fotografi yang menyatukan Nina bersama pereka pakaiannya pada malam kemuncak ABPBH 2009, Faizell Azraff sebenarnya menyimpan sebuah rahsia. Tidak pernah Nina menduga, pembabitannya sebagai pelakon akan menemukan dirinya dengan Faizell yang dikenali ketika sama-sama menuntut di Malaysia Institute Of Arts, Kuala Lumpur, hampir sedekad lalu.

“Dulu kami pernah berkongsi susah senang. Pernah sekeping roti telur kami kongsi berdua gara-gara kehabisan wang. Tahun lalu, kami bertemu kembali dan apabila nama saya tercalon dalam ABPBH 2009, Faizell menawarkan khidmatnya untuk mereka cipta pakaian untuk saya. Ia satu penghormatan, apatah lagi saya belum ada nama kukuh untuk menjadi pilihan pereka terkenal,” kata Nina merendah diri.

Keterujaan Nina ke malam kemuncak ABPBH 20089 dikongsi Faizell yang memberikan sedikit sentuhan glamor untuk menata gaya pelakon itu. Memilih rona biru metalik daripada fabrik sifon, Faizell memperindahkan rekaannya dengan perincian yang menyuntik aura glamor.

“Saya menolak rekaan seksi memandangkan ini kali pertama Nina ke acara berprestij seperti ABPBH 2009. Jadi saya tidak mahu tumpuan umum beralih kepada pakaian dan bukan diri Nina sendiri. Disebabkan Nina mempunyai sedikit masalah di bahagian pinggul, potongan memainkan peranan untuk menyembunyikan kekurangan itu. Tetapi Nina agak berani dalam bergaya membuatkan saya selesa bekerja dengannya,” kata Faizell yang sebelum ini kerap menata gaya bintang One In A Million, Ayu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails