Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Terima kasih Tiz Zaqyah


PERTAMA sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tiz Zaqyah kerana berjaya merangkul anugerah baru-baru ini. Saya amat meminati lakonan beliau sejak kemunculan beliau di dalam drama Nur Kasih.

Ternyata cerita ini amat menjadi dengan adanya barisan pelakon yang bijak memainkan watak mereka. Saya amat tertarik dengan lakonan Tiz Zaqyah yang tidak kelihatan palsu langsung dan beliau telah berjaya memainkan watak sebagai Nur yang sehingga kini watak itu menjadi igauan saya.

Tiz Zakiah juga turut mempunyai rupa paras yang amat jelita dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang pelakon. Buat pertama kalinya saya berasa benar-

benar meminati seseorang pelakon wanita sehinggakan ingin mengetahui segala perkembangan beliau.

Terima kasih Kak Tiz kerana telah membuat saya begitu seronok menonton cerita yang dilakonkan oleh anda. Saya berharap agar pihak media sentiasa membantu meningkatkan prestasi beliau, kerana rugi rasanya jika pelakon yang berbakat besar ini tidak dicungkil dengan begitu mendalam. Akhir kata untuk Tiz : Do the best in your acting and i will support you forever.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails