Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fizz Fairuz mengaku salah faham


PELAKON macho, Fizz Fairuz yang tengah laku sekarang ni buat masalah ke? Sepanjang minggu lepas Niezam dengar macam-macam cerita kurang enak pasal dia termasuklah ada yang berkata Fizz bermasam muka dengan pengarah drama di lokasi.

Ada pula yang berkata produser drama pun kena maki dengan Fizz?

Apa cerita ni? Betul ke Fizz. Takkanlah orang yang baik macam Fizz sanggup buat kecoh macam tu?

Tak nak ada syak wasangka, Niezam tanya sendiri Fizz apa sebenarnya berlaku.

Mula-mula dia tak nak cerita tapi akhirnya dia jelaskan juga.

Tanpa mahu bercerita syarikat produksi dan pengarah mana yang dimaksudkan, kata Fizz dia tak bergaduh dengan sesiapa pun. Semuanya kerana sedikit salah faham sahaja.

Al-kisahnya sebelum Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini dia sudah diminta menghadiri beberapa sesi untuk mencuba pakaian yang akan ditaja ke majlis berkenaan.

Disebabkan sesi itu memakan sedikit masa, maka Fizz telah terlewat ke lokasi penggambaran. Kerana kelewatan itu dia telah ditegur oleh pengarah.

“Saya mengaku ada sedikit kesalahan di pihak saya. Kelewatan itu bukan disengajakan. Lagipun saya dah maklumkan kepada Penolong Pengarah yang saya mungkin terlewat.

“Sebagai pelakon saya kena hormat kepada pengarah. Saya sudah minta maaf kepadanya dan sekarang masalah itu sudah selesai,” kata Fizz yang tak mahu membesar-besarkan hal tersebut.

Bagus Fizz. Kalau kita rasa kita bersalah, lebih baik minta maaf. Itulah dinamakan orang yang berbudi bahasa. Lagipun perkara kecil je lambat datang ke lokasi. Kalau tak datang terus tu yang bahaya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails