Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Syanie tangguh misi ke Melbourne
MEMANG pernah menyatakan hasrat berhijrah ke Melbourne, Australia dan mengusahakan perniagaan makanan Melayu. Tetapi nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan Syanie Hisham buat seketika.
Kematian nenek bulan lalu mendorong Syanie menangguhkan keinginan itu kerana tidak sampai hati membiarkan ibunya, Ruhanie Abd Rahman yang masih bersedih. Mungkin tidak dalam waktu terdekat ini, namun Syanie mensasarkan akan tetap ke sana sebelum usianya mencecah 40, iaitu dua tahun dari sekarang. “Walaupun perancangan sudah separuh jalan, tetapi saya terpaksa batalkan rancangan itu kerana nenek baru meninggal dunia. Lagipun, bolehlah saya mencari individu yang sudi melabur untuk perniagaan ini.
“Mummy sendiri turut mempersoalkan apakah mudah berniaga di sana ketika saya menyatakan hasrat untuk buka perniagaan. Saya pula menganggap kepayahan yang akan dilalui sebagai cabaran.
“Kalau berniaga di sini, saya mungkin tidak perlu bersusah payah. Tapi bila di sana, kita tahu kita merantau jadi hendak tidak hendak, saya kena berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan restoran beroperasi,” katanya.
Dua tahun lagi
Syanie mensasarkan sebelum usia menginjak 40 tahun, impiannya akan terlaksana. Di Melbourne, makanan Melayu sukar untuk dicari, tidak seperti makanan Cina dan Indonesia.
“Itulah timbulnya idea untuk membuka restoran makanan Melayu, kebetulan adik saya Syarina memiliki taraf penduduk tetap jadi lebih mudahlah proses kami untuk membuka perniagaan,” kata Syanie.
Dalam rancak bercerita mengenai perniagaan makanannya, Syanie sempat meluahkan tawaran lakonannya semakin kurang. Jangan kata sebulan sekali, dua atau tiga bulan sekali pun payah mendapat tawaran berlakon.
Demi mengisi masa lapang pada Ramadan, pelakon berusia 38 tahun ini sibuk menjual kuih raya secara dalam talian.
Perniagaan yang diusahakan sejak tahun lalu mendapat maklum balas menggalakkan, malah menerima banyak ulangan tempahan. Selain berniaga kuih raya, Syanie turut mengusahakan perniagaan katering untuk produksi penggambaran.
Anak kepada pemilik syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd itu berkata, sejak pelbagai syarikat produksi baru muncul, syarikat milik keluarganya itu semakin sepi.
“Tak dapat dinafikan persaingan kini terlalu sengit, stesen televisyen pula lebih gemar kepada syarikat baru. Tetapi Mummy pula jenis yang tidak mudah mengaku kalah, dia selalu suruh saya cari ‘job’. Selagi tidak dapat dia suruh saya cuba sedaya upaya.
“Sekarang, Nizarman lebih tertumpu kepada pembikinan drama, selepas menanggung kerugian filem Pesona Non Grata, kami tidak mahu lagi buat filem.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
