Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sein Minta Hentikan Bermain Mercun

PETALING JAYA: Pelakon Sein menyifatkan pengharaman permainan mercun sememangnya wajar selepas melihat kanak-kanak menjadi mangsa bahan letupan itu sehingga menyebabkan kecederaan parah. Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 29, berkata, walaupun ia diharamkan, aktiviti permainan mercun masih lagi berleluasa seolah-olah pengharaman itu tidak diendahkan oleh segelintir pihak. "Saya pelik, macam-macam kejadian melecur muka, cedera pada badan, buta, putus jari atau tangan kudung disebabkan bahan letupan itu sedangkan semasa zaman saya kanak-kanak dulu tak ada pula kejadian seperti itu. "Bagaimanapun, saya rasa, tanggungjawab membanteras pembelian mercun ini harus dipikul bersama masyarakat setempat dan ibu bapa, bukan dibiarkan kepada pihak berkuasa semata-mata. "Dengan memastikan anak tidak membeli dan bermain mercun, sebahagian risiko kecederaan sudah dapat diatasi. Malangnya ramai yang pulang ke kampung menjadikan bahan letupan itu sebagai oleh-oleh untuk memeriahkan sambutan Hari Raya," katanya. Tambah Sein, walaupun dia menyokong tindakan kerajaan mengharamkan permainan itu, namun ia tetap menjadi satu kerugian buat kanak-kanak di zaman ini kerana tidak dapat merasai kemeriahan permainan mercun seperti di zamannya dahulu. Dalam pada itu, kata Sein yang berkongsi pengalamannya ketika di zaman kanak-kanak, sambutan rayanya diisi dengan keseronokannya bermain mercun dan bunga api. Katanya pada pada malam Syawal, dia bersama rakan-rakan sanggup membeli mercun yang mahal untuk melihat keindahan taburan api di langit. "Semasa kecil dahulu, saya jual mercun. Tteman-teman dan saudara berkumpul untuk menyaksikan letupan mercun itu, tapi mereka tengok sahajalah, kerana yang meletupkannya adalah saya," tuturnya yang beraya di Kuala Lumpur sambil mengimbas kenangan lalu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails