Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Raya Irma dan Redza

TIADA perkara yang lebih manis daripada dapat bersama-sama dengan insan tersayang, lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut baru lagi mengikat tali pernikahan. Melihatkan kepada pasangan secocok bagaikan merpati sejoli ini, Irma Hasmie, 30, dan juga suaminya, Redza Shah, 31, mereka seperti menantikan sesuatu. Mengucapkan syukur sebaik memberitahu berita gembira tersebut, Irma mengakui kandungannya kini sudah hampir enam minggu. Ditanya mengapa sebelum ini bagaikan sedikit berdalih mengenai perkara tersebut, Irma mempunyai jawapannya sendiri. "Bukan apa, bagi saya perkara ini masih lagi awal. Malah orang-orang tua juga berpesan, seeloknya biarlah dua atau tiga bulan dahulu barulah beritahu. "Apa-apa pun, saya berharap perkara ini berjalan dengan lancar," katanya penuh sopan sambil menatap suaminya. Tidak salah dikatakan sekiranya perkara tersebut dalam masa yang sama turut memberikan keceriaan kepada peminatnya yang sudah pastinya menantikan perkara tersebut sebaik pasangan ini mendirikan rumah tangga. Disoal pula kepada sang suami, apakah perasaan sebaik mengetahui perkara berkenaan, dia hanya tersenyum dan sangat bersyukur dengan perkara tersebut. "Buat masa sekarang, kalau boleh saya nak Irma biar ada selalu dengan saya. Kiranya biar dia ada di depan mata saya. "Memandangkan saya bekerja sendiri, senang bagi saya untuk menjaganya sebab dia boleh ikut saya ke pejabat. "Lagipun Irma kini sudah menunjukkan tanda-tanda awal ibu mengandung. "Kadang-kadang dia tidak makan banyak, badan dia jadi lemah. Kalau dia ada di depan mata, senang untuk saya perhatikan sakit pening dia," katanya yang sempat memberitahu bahawa Irma masih tidak mengidam perkara sebarangan. Tidak sabar Pertama kali merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama insan tersayang, momen indah itu menjadi satu pengalaman yang pastinya dinantikan oleh pasangan ini. Malah Irma sendiri mengakui dia tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman ini yang dianggap sebagai sesuatu yang berbeza dan cukup istimewa. "Saya memang tak sabar nak merasai perasaan ini sebenarnya lebih-lebih lagi ia merupakan pengalaman pertama kali kami beraya sebagai suami isteri. "Pastinya suasana kali ini berbeza dan lebih meriah," kata Irma yang jelas terpancar keceriaan di wajahnya. Bukan sahaja Irma yang tidak sabar untuk meraikan hari raya malah suaminya juga sebenarnya turut merasakan perkara yang sama. "Memandangkan kami baru berkahwin, saya menantikan saat untuk merasai perasaan apabila isteri menyediakan baju raya dan juga sampin di pagi raya. "Maklumlah, sebelum ini segala persiapan raya, saya sediakan sendiri. Jadi apabila sudah berumah tangga, sudah pastinya saya menantikan saat ini," jelas suami Irma penuh gembira. Kekuatan keluarga baru Lebih kurang seminggu setelah pasangan ini melangsungkan perkahwinan tiba-tiba mereka dilanda kontroversi yang tidak disangka-sangka. Gambar pernikahan Redza dengan bekas isteri tersebar, lalu menimbulkan persepsi lelaki itu merahsiakan status sebagai duda sewaktu mengahwini Irma. Namun berdiri di atas kekuatan tiang keluarga yang baru dibina, mereka berjaya mengatasi perkara tersebut dengan tenang. Menurut Irma, dia sudah pun bersedia dengan perkara berkenaan malah sebenarnya pihak keluarga mereka sudah cakap faham dengan situasi tersebut. "Kita tak boleh nak buat semua orang suka pada kita dan dapat menerima kita. Nak tak nak, perkara ini terpaksa juga dilalui kerana memang ada orang tidak mahu lihat kita bahagia. Nak suruh mereka diam pun, memang tidak boleh. "Alhamdulillah, perkara tersebut sudah berlalu dan pihak keluarga sememangnya faham dengan situasi ini dan mereka sememangnya sentiasa memberi sokongan. "Apa-apa pun, saya anggap perkara yang melanda kami itu sebagai salah satu ujian daripada Allah. "Itu tandanya Dia sayangkan kita dan ujian tersebut juga membuatkan kami lebih kuat menghadapi hari mendatang," jelas Irma tenang. Tiada halangan Mempunyai pasangan hidup yang bergelar artis pastinya bukan sesuatu yang mudah. Malah kadang-kala jika tersalah sangka, ada yang menyifatkan suami pasangan artis tersebut tidak mesra dan macam-macam lagi. Namun melihatkan kepetahan Redza, dia bagaikan sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Menurut Redza, dia mahu semua individu berasa senang dengan kehadirannya. "Kalau boleh saya mahu semua orang senang dengan saya jadi tidak timbul salah faham nanti. Bukanlah berniat untuk menjadi seperti pengurus Irma tetapi bukankah lebih baik kalau saya mudah untuk berurusan dengan semua orang," jawab Redza. Selain itu, ketika disoal adakah dia akan mengawal perjalanan karier Irma, Redza lantas menafikan perkara tersebut. "Saya faham dengan karier Irma dan saya tidak pernah menghalangnya. "Sejak daripada awal perhubungan lagi saya sudah terima dia seadanya. Lagi pun, itu periuk nasi dia dan saya percaya, dia juga tahu batasannya sebagai isteri," kata Redza lagi. Selain itu, Irma sempat mencelah dan memberitahu dia tidak akan berhenti daripada dunia lakonan. "Sekarang ini mungkin saya banyak terlibat dalam bidang pengacaraan. Tetapi jika ada tawaran berlakon, Insya-Allah saya akan ambil. Tetapi watak yang diberikan mestilah bersesuaian,"katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails