Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Amanda menang berganda

1 Syawal yang disambut pada Ahad lalu bagaikan kemenangan berganda buat penyanyi Amanda Imani. Sudah pasti hatinya melonjak kegembiraan apabila meraih anugerah Penampilan Artis Terbaik daripada Organizacion de Festivales Europeos de Musica (ORFEUM) dan World Association of Festivals and Artists (WAFA) sempena pertandingan Universong: The Canary Island International Song Festival (Festival Universong) yang berlangsung di Sepanyol pada 21 Julai lalu. Kemenangan tersebut menyebabkan sambutan lebaran tahun ini cukup istimewa apabila dia dihujani kalungan tahniah daripada sanak saudara dan rakan taulan. Senyuman juga tidak pernah putus lantaran impiannya untuk mencatatkan sesuatu dalam resume anak seninya tercapai. “Alhamdulillah, impian saya untuk bawa satu anugerah dari Festival Universong akhirnya tercapai. Sememangnya ia satu pengalaman berharga sebab perlu bersaing dengan lebih daripada 20 peserta seluruh dunia. “Sudah pastinya, peserta yang bertanding bukan calang-calang orang. Memang gugup jugalah dengar kehebatan nyanyian mereka, tapi semuanya berjalan lancar," syukurnya. Katanya, Festival Universong sangat unik kerana setiap penyertaan membabitkan lagu ciptaan sendiri sepenuhnya. Lantaran itu, Amanda memilih lagu ciptaan bersama Ajai iaitu Jatuh Cinta Kasih pada pertandingan berprestij tersebut. Antara negara yang menjayakan Festival Universong termasuk Romania, Sepanyol, Armenia, El Salvador, Lituana, Poland, Rusia, Cuba, Malta, Mexico, Perancis, Ukraine, Puerto Rico dan Itali. Sementara Malaysia dan Thailand adalah dua wakil dari negara Asia. “Jujurnya memang saya rasa kurang yakin apabila kehebatan penyanyi luar negara membuat persembahan hebat. Macam-macam stail dan adalah rasa tergugat juga. Tapi saya cuba kawal emosi dan buat yang terbaik dalam pertandingan itu," ceritanya lagi. Takut mercun Mengajak Pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Wanita di Anugerah Planet Muzik 2011 ini bercerita tentang kemeriahan beraya pada zaman kanak-kanaknya membuatkan Amanda tertawa manja. “Sebenarnya, saya memang suka main mercun dan bunga api masa kecil-kecil dulu. Setiap kali pulang ke kampung di Kuantan, Pahang, sakan saya bermain mercun. Langsung tak takut, walaupun mercun pernah meletup di depan mata. “Tapi bila dah 10 tahun lepas itu, tiba-tiba saya takut dengan mercun. Paling takut bila mercun meletup depan muka. Mungkin sebab masa itu kesedaran tinggi dan saya takut kalau sesuatu berlaku tiba-tiba. “Lagi satu, saya juga pasti terkenangkan zaman kutip duit raya. Mesti nak kutip duit raya, kumpul-kumpul nak beli permainan. Memang seronoklah masa itu. Keinginan juga berubah setiap tahun, sebab itu kena kumpul duit raya banyak," ceritanya menutup bicara baru-baru ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails