Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Miera Leyana kongsi tip membeli-belah

WALAUPUN mempunyai jadual yang agak sibuk sepanjang bulan Ramadan lalu, pelakon remaja Miera Leyana Kasmi, 20, tidak pernah lupa untuk mendapatkan keperluan bagi menyambut Hari Raya kali ini. Memilih untuk bersederhana, Miera memberitahu, dia lebih suka sekiranya tidak terlalu membazir. “Memandangkan seluruh keluarga kami akan menyambutnya di Sydney, Australia, jadi persiapan itu agak biasa daripada tahun-tahun lepas. “Bagaimanapun setiap ahli keluarga saya sebenarnya sudah pun menyiapkan baju raya-masing-masing. Seperti sudah menjadi perkara wajib sebenarnya untuk setiap pagi raya kami berkumpul dengan pakaian baru, " katanya. Berkongsi tip persiapan, Miera memberitahu, memandangkan waktu membeli-belahnya agak terhad dia memilih untuk membuat persiapan pada saat-saat akhir sahaja. “Saya berlepas ke sana beberapa hari sebelum Hari Raya, jadi waktu untuk membeli-belah itu agak terhad sebenarnya. “Namun saya bernasib baik kerana baju raya saya sudah pun disiapkan lebih awal, oleh pereka baju kegemaran saya," katanya yang memilih fesyen yang agak moden tahun ini. Kebiasaannya kita akan melihat seseorang wanita untuk menggayakan pakaian yang sedondon dengan pelbagai aksesori lain, bagaimanapun menurut Miera, dia lebih selesa sekiranya memadan suai penampilannya daripada terpaksa membeli aksesori sedondon dengan pakaian. “Saya bukan jenis yang akan memastikan beg tangan dan kasut saya sedondon dengan pakaian yang dipakai, bagi saya ia membazir. “Lebih mudah rasanya untuk memadan suai pakaian tersebut dengan aksesori sedia ada. Selain jimat, ia juga memberi peluang kepada saya untuk menjadi lebih kreatif ketika berfesyen," katanya. Jika setiap keluarga mempunyai tema warnanya sendiri, menurut Miera, ahli keluarganya lebih senang jika tiada tema warna yang dikenakan. Menurutnya, mungkin disebabkan dia dan ahli keluarganya yang lain agak sibuk, kesempatan untuk membeli -belah bersama itu agak mustahil untuk dilakukan. “Selalunya kami akan menyiapkan baju raya kami sendiri tanpa warna tema. Rasanya lebih senang begitu memandangkan ia lebih mudah buat kami yang jarang dapat bersama, selain itu juga melalui warna-warna pakaian yang kami pakai ia nampak lebih meriah," katanya. Melihat penampilannya ramai yang menyangka Miera lebih memilih untuk mengenakan pakaian berjenama. Bagaimanapun bagi gadis jelita ini tiada apa yang lebih penting daripada kesesuaian. Tahu dunia fesyen kini lebih terbuka, menurut Miera, sesuai dengan kerjaya sebagai pelakon dia sedar setiap penampilannya memberi impak yang tersendiri kepada peminat. “Bercakap mengenai fesyen saya akui agak cerewet. Bagaimanapun untuk mengelakkan saya terjebak sebagai mangsa fesyen saya akan pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan penampilan sebagai remaja," jelasnya. Lebih selesa ditemani ibu setiap kali keluar membeli-belah, jelas Miera, tugas ibunya bukan sekadar sebagai penjaga tetapi juga pengkritik utama fesyen pilihannya. “Mungkin kami berkongsi pelbagai minat yang sama menyebabkan ibu menjadi insan yang tepat untuk membantu saya memilih fesyen yang sesuai," katanya. Sambut raya di negara orang Mencari kelainan di dalam menyambut Hari Lebaran tahun ini, Miera memilih Sydney Australia sebagai lokasi buat seluruh ahli keluarganya berkumpul menyambut hari penting itu. Walaupun bakal mengalami satu pengalaman yang agak berbeza, Miera memberitahu, tiada apa yang lebih penting buat dia daripada dapat berkumpul dengan keluarga tercinta. Bercerita mengenai pengalaman berhari raya di negeri orang, menurut Miera, bagi memeriahkan suasana hari raya beberapa makanan segera dari Malaysia turut dibawa ke sana. “Mungkin ketupat segera serta beberapa masakan yang mudah dimasak akan dibawa ke sana. “Tipulah jika saya cakap langsung tidak sayu mengenang sambutan yang jauh berbeza dari tanah air sendiri. Namun saya percaya pengalaman seperti ini mampu memberi kita kesedaran untuk terus menghargai nikmat sambutan di negara sendiri," katanya. Menyambung ceritanya mengenai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang dua minggu berada di sana, menurut Miera, selain melawat tempat-tempat menarik di sana, dia juga akan menggunakan waktu tersebut untuk membeli-belah. “Rasanya kami sekeluarga akan ke tempat-tempat menarik dahulu. Tentunya saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah juga. Seperti yang kita tahu sebagai pelakon kebanyakan baju yang digunakan selepas penggambaran tidak lagi boleh digunakan, jadi untuk itu saya selalunya akan membeli pakaian,’ katanya
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails