Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Raya pertama Nabil, Zira, Zahiril, Syera

“SEBELUM berkahwin, saya hanya perlu fikir diri sendiri, selepas berkahwin pula, saya akui hidup lebih teratur,” itu jawapan serupa dilontarkan dua karyawan seni, Zahiril Adzim dan Nabil Ahmad yang belum mencecah setahun bergelar suami. Kemanisan dan keterujaan berumah tangga masih lagi dirasai oleh pelawak, pelakon dan penyampai radio Suria FM pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad bersama isterinya, Nazirah Ayub. Perkara yang sama turut dialami Zahiril dan pasangannya, pelakon dan hos Nur Syahirah Aiyob atau nama glamornya, Syera Aiyob. Ceria bercanda dan tawa sepanjang mengadakan sesi fotografi bersama Kosmo! di Putrajaya, baru-baru ini, mereka berempat teruja menceritakan pengalaman masing-masing pertama kali menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini. Jika dahulu, bujang dan masih anak dara, kini setelah bergelar suami isteri, rutin harian dan jadual kerja juga harus berubah agar masa dapat diluangkan bersama. Ikuti cerita dan pengalaman dua pasangan ini setelah beberapa bulan bertukar status diri. Masa berkualiti Nabil, Zira Bagi Nabil, setelah bergelar suami tanggal 30 September tahun lalu, dia kini lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama isteri kesayangannya, Zira. “Selepas selesai bersiaran di konti, saya akan terus pulang ke rumah. Ini kerana sesi saya hanya pada sebelah pagi. “Namun, jika ada penggambaran, maka selepas bekerja saya akan terus ke lokasi. Kadangkala, saya akan bawa Zira bersama,” tutur Nabil yang mengendalikan segmen Ceria Pagi Di Suria bersama Halim Othman di Suria FM. Menambah keceriaan Nabil dan Zira, setelah hampir setahun berkahwin, Zira kini telah pun berbadan dua. Usia kehamilannya kini hampir mencecah lima bulan. “Kami kerap bersahur dan berbuka sama-sama kerana semenjak kendalikan segmen pagi di Suria FM, waktu kerja saya bermula seawal pukul 5 pagi. Jadi, lebih mudah ingin menyusun masa bersahur kerana setiap pagi Zira akan masak untuk saya. “Setelah bersahur bersama-sama, saya akan terus ke konti. Namun apa yang pasti, jika sebelum ini saya kerap ke majlis berbuka puasa seorang diri, kini sudah ada teman,” ungkap Nabil yang mengakui dia dan Zira pernah berbuka puasa sebelum waktunya tanpa sengaja akibat kekeliruan. Cerita Nabil tentang cuti raya pula, tahun ini merupakan giliran untuk pulang ke kampung nenek Zira di Sungai Siput, Perak. Ini kerana dia tidak mengambil cuti memandangkan segmen kelolaannya di Suria FM itu adalah dari Isnin hingga Jumaat. “Aidilfitri jatuh pada hari Ahad, maka Jumaat sebelumnya, selepas habis kerja, saya pulang ke kampung sehinggalah menjelang raya pada hari Ahad. “Pada hari Isnin (hari raya kedua), saya sudah mula bekerja seperti biasa. “Jika tahun ini beraya di rumah nenek Zira, maknanya tahun hadapan, kami akan pulang ke rumah keluarga saya pula bersama bayi kami,” ujar Nabil penuh keterujaan menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu. Rehat Zahiril, Syera Lain pula kisah rumah tangga Zahiril atau nama penuhnya, Mohd. Zahiril Adzim Mohd. Mukhtar dan Syera Aiyob. Perancangan awal mereka adalah ingin meluangkan masa bersama sepanjang Ramadan dan berehat seketika daripada rutin karier masing-masing. “Sepatutnya kami ingin berehat sepanjang Ramadan, kerana maklumlah ini Ramadan pertama kami sambut bersama sebagai suami isteri. “Namun, oleh kerana ada penggambaran yang masih belum diselesai walau sudah dimulakan sebelum bulan Ramadan, jadi kami tidak kisah untuk menghabiskan kerja,” tutur Zahiril dan Syera ketika ditanya mengenai jadual kerjaya mereka. Namun kata Zahiril, walaupun mereka bekerja sepanjang Ramadan , jadual dirinya sendiri lebih sibuk berbanding Syera. Pada kebiasaannya, usai penggambaran di lokasi, dia terus pulang ke rumah untuk meluangkan masa berbuka puasa bersama Syera. “Alhamdulillah, saya masih lagi ada masa untuk berbuka bersama keluarga saya dan keluarga Syera sendiri di Ipoh walaupun sibuk bekerja. Selain itu, saya juga tidak banyak melepak di luar, dan jika berbuat demikian sekalipun, kebiasaannya saya akan bawa Syera bersama. “Ini kerana, kebanyakan kawan saya kawan dia juga dan begitu sebaliknya,” beritahu Zahiril yang berbangga kerana juadah bersahur dirinya kini disediakan Syera. Mengenai raya mereka pula, tutur Zahiril, pada hari raya pertama, mereka berkunjung ke rumah Zahiril dan seterusnya hari raya kedua di Sungai Siput pula iaitu rumah keluarga Syera. “Memandangkan raya tahun ini merupakan pengalaman pertama, jadi kami berdua sudah sepakat untuk bercuti selama seminggu atau paling lama, dua minggu. “Kami masing-masing beraya dengan tiga pasang baju raya. Tema warna baju raya saya dan Syera pada tahun ini ialah coklat,” ujar Zahiril.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails