Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Johan As'ari beristiqamah

"KADANG kala manusia tak sempurna. Saya pun tak sempurna. Saya masih belajar untuk jadi lelaki terbaik sepanjang jadi anak seni, dan inilah yang saya belajar. Tapi bila ada orang cakap saya lupa diri, sombong, takbur bila dah glamor ni, saya terima. Saya beranggapan mereka sayangkan saya kalau tak, orang takkan cakap tentang saya kan? “Apa pun, sama ada cakap baik atau tidak, benda itu tetap publisiti. Saya takkan marah dan apa juga respons, saya anggap itu nasihat," hujah pelakon Johan As’ari tentang gosip mengatakan dia semakin lupa diri selepas setahun dikenali di pentas lakonan tanah air. Lelaki berusia 26 tahun pada 18 Julai lalu ini juga dikatakan sengaja menjaja kisah cintanya dengan pelakon Nabila Huda, anak legenda rocker Malaysia sebagai jalan singkat supaya lekas dikenali. Jadi di mana kebenaran cerita negatif membabitkan nama pelakon yang dikenali pada peringkat awalnya menerusi drama Juvana di TV3 ini? “Cerita-cerita buruk tentang seseorang artis itu berlandaskan bagaimana penerimaan peminat. Masing-masing ada hak untuk suka atau tak. Soal nama, populariti, itu juga semua rezeki Allah. Dalam nak jaga nama saya, saya kena professional. Kena baik dengan semua orang," jawabnya. Ditanya bagaimana orang boleh lekas melabel pemilik nama sebenar Johan Ariff Asari ini sebagai orang yang mudah lupa diri? Lelaki ini terdiam sebentar sebelum mengeluarkan hujahnya. “Orang yang cakap artis A itu lupa diri itu mungkin sebab dah biasa bergaul dengan orang kaki bodek, kaki kipas. Jadi mudah saja dia reka cerita, cakap artis A itu lupa diri. Sedangkan bila kita jumpa bertentang mata dengan artis A itu, memang tak ada apa-apa. “Saya mengaku pernah buat silap. Saya belum jadi artis yang bagus. Sebab itu, sampai ke hari ini saya masih dalam proses belajar selok belok dunia hiburan," jelasnya. Adakah Johan mempunyai musuh dalam industri ini? Pelakon drama Cinta Elysa ini menggelengkan kepala sambil berkata: “Saya tak nak campur kalau orang tak suka pasal saya. Biarlah, sebab saya tak nak cari masalah. Lagi pun, saya nak cari keberkatan dalam hidup saya." Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia ini menegaskan tentang niat awalnya sejak kali pertama bergelar anak seni. “Saya mahu berdakwah dengan cara saya sendiri. Tanggungjawab ini memang berat tapi saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah dan meningkatkan ilmu saya sedaya upaya. “Pun begitu dalam perjalanan beristiqamah itu, saya diduga dengan pelbagai cabaran macam lalai solat dan menghampiri perkara-perkara mazmumah (terhina). Apa pun saya cuba muhasabah diri dan sentiasa mengingati-Nya," azamnya. Belum lamar Nabila Menyentuh soal kekasihnya, Nabila Huda menyebabkan Johan tersipu malu. Apatah lagi persoalan tentang bila dia mahu menamatkan zaman solonya itu. “Saya belum melamar Nabila, tapi hubungan kami semakin akrab dan sukses. Memang ada cadangan ke arah itu, tapi sebagai anak saya minta restu ibu dulu (Datin Firdaus Abdul Kadir). Tapi ibu mahu saya fokus karier dan stabilkan kehidupan dulu. “Iyalah, kalau nak jadi ketua keluarga, kenalah tunjukkan kepada semua orang yang saya layak pimpin isteri dan bakal anak-anak satu hari nanti. Tapi tak apalah, apa yang termampu saya buat adalah doakan yang terbaik untuk hubungan kami itu," katanya yang mengaku memuja kehebatan lakonan Nabila dalam setiap karyanya. Ditanya bilakah masa sesuai untuk Johan mengambil langkah seterusnya, lelaki ini menutup perbualan dengan ringkas berkata: “Saya rasa antara 28 hingga 30 tahun, insya-Allah."
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails