Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Hajat Fizz
Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2011 tunai niat jamu peminat
AIR muka Fizz Fairuz tiba-tiba berubah apabila media bertanya mengenai buah hatinya Almy Nadia yang tidak kelihatan ketika pelakon popular itu menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminatnya, baru-baru ini. Bukan saja media, malah rakan artis dan peminat yang dijamu hari itu tercari-cari tercari-cari kelibat pelakon jelita yang sudah diketahui umum menjalin hubungan istimewa dengan Fizz.
Apabila kita sudah memasang niat, kita harus tunaikan. Saya betul-betul mahu berehat pada bulan puasa ini. Saya juga bimbang sekiranya mengambil tawaran semata untuk memenuhi impian orang sedangkan kita tidak mahukannya”. - Fizz Fairuz, Pelakon
Namun, sekalipun diasak soalan, Fizz hanya menggelengkan kepala beberapa kali bermaksud tidak mahu mengeluarkan walaupun sepatahpun jawapan.
Penerima trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat sebagai melepaskan hajat sejak memenangi anugerah itu.
“Sejak memenangi trofi itu, saya memang berhajat membuat majlis kesyukuran, namun dengan kemenangan itu jugalah saya terus diintai penerbit dan pengarah dengan menawarkan peluang berlakon sehingga tidak ada ruang menganjurkan majlis ini.
“Di bulan baik inilah saya merasakan masa paling sesuai untuk meneruskan hajat, lebih-lebih lagi saya juga sudah memasang niat untuk tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon sepanjang Ramadan,” katanya yang pertama kali berehat penuh sepanjang bulan mulia ini.
Tak ralat tolak tawaran demi ibadat puasa
Kata Fizz, dia tidak sesekali ralat menolak tawaran yang datang sekalipun bidang lakonan adalah periuk nasinya selama ini.
“Apabila kita sudah memasang niat, kita harus tunaikan. Saya betul-betul mahu berehat pada bulan puasa ini. Saya juga bimbang sekiranya mengambil tawaran semata untuk memenuhi impian orang sedangkan kita tidak mahukannya,” katanya yang terpaksa menolak dua tawaran filem dan drama episod baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fizz tidak sabar menantikan kemunculannya menerusi filem terbaru berjudul Mat Tudung terbitan KRU Studios.
“Saya paling tidak sabar menantikan filem itu kerana ia berbeza dengan filem lakonan saya sebelum ini. Filem komedi itu saya terima kerana jalan ceritanya, mesej yang kuat dan cabaran buat saya membawakan dua karektor di dalamnya.
“Bagaimana rupa agaknya bila saya memakai tudung? Tunggulah kemunculan lakonan saya sebagai Johari dan Johana dalam filem itu yang dijangka ditayangkan tahun depan.
“Selain itu, dua filem lakonan saya yang akan menemui penonton pada September ini juga terbitan KRU Studios iaitu Hantu Kapchai dan Bisikan Syaitan terbitan Primeworks Studios,” katanya.
Sementara itu, majlis berbuka puasa itu turut dihadiri rakan artis seperti Diana Rafar, Fazli Zainal dan penerbit teater muzikal Tun Siti Hasmah, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Kata Fizz, dia mengundang lebih 10 rakan artis lain ke majlisnya namun akur dengan komitmen mereka yang sedang menjalankan tugas ketika itu.
“Bagaimanapun, alhamdulillah lebih 100 tetamu yang hadir merangkumi peminat dan rakan-rakan lain yang diundang menerusi twitter termasuk 50 peminat yang cepat memberi jawapan untuk hadir di majlis ini,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
