Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Aidilfitri Sam & Mummy Khaty

MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi mungkin satu perumpamaan yang tepat untuk kita gambarkan kepada Shaheizy Sam dan ibunya Khaty Fauziah. Kedua-duanya adalah pelakon hebat di era masing-masing. Celoteh kedua beranak ini mengenai hari raya membuatkan kita tidak kering gusi mendengarnya. Apalagi bila bercerita tentang pengalamannya bermain mercun dan bunga api yang diharap akan menjadi tauladan kepada semua. Lalang terbakar angkara mercun “Bercakap mengenai mercun dan bunga api ni, sebenarnya saya memang ada pengalaman yang cukup pahit dan melucukan. “Saya tidak nafikan yang saya ni memang nakal ketika kecil dulu. Masa saya darjah satu ketika itu kami sekeluarga balik beraya di Batu Pahat, saya dan kawan-kawan bermain mercun dan bunga api. “Masa tu cuaca panas, jadi lalang dan rumput kebanyakannya kering. Sisa bunga api yang kami main tu menyebabkan lalang seluas setengah ekar terbakar, apa lagi kami semua lari untuk menyelamatkan diri," jelasnya. Tambah Sam lagi, walaupun dia dan rakan-rakan selamat tetapi dia tetap dimarahi oleh neneknya. “Mahunya dia tak marah, dia ketuk saya dengan gayung mandi sampai pecah. Sejak itu saya serik nak main mercun kat tempat yang pelik-pelik," katanya. Jodoh di tangan Tuhan Seperti yang sedia maklum, kebelakangan ini Sam kerap kali digandingkan dengan seorang lagi rakan artis terkenal, Yana Samsuddin. Sehingga timbul cerita kononnya mereka berdua sedang hangat bercinta, namun jelas Sam, itu semua gosip sahaja. “Memang saya acap kali berlakon dengan Yana. Tetapi saya dengan dia hanya berkawan baik dan tidak pernah lebih daripada itu," jelasnya. Ditanya adakah ini raya terakhirnya sebagai orang bujang, kata Sam, mungkin dua atau tiga kali raya lagi baru dia akan menukar statusnya. “Buat masa ini saya malas nak fikir tentang kahwin, kalau dah jodoh memang tak kemana, calon ada ke tidak itu tidak jadi masalah. Kalau dah terdesak sangat kaut je yang mana ada," kata Sam sambil ketawa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails