Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ella belajar masak

Terpancar keceriaan dan kegembiraan pada wajah penyanyi rock wanita ini tatkala bercerita mengenai pengalamannya menyambut kedatangan Ramadan sebagai isteri. Sebelum ini, dedah Ella, memang dia berangan untuk bersahur, berpuasa dan bertarawih bersama seorang lelaki yang bergelar suami, apabila tibanya bulan mulia itu. Kini, semuanya bukan angan-angan lagi apabila dia diijabkabulkan bersama juruterbang, Azhar Ghazali, 7 Julai lalu. Akuinya, bukan mudah untuk menjadi seorang isteri, tetapi lama-kelamaan dia sedikit sebanyak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru itu. Bertemu dengannya ketika penyanyi ini menjayakan program Mentor Raya di Shah Alam, beberapa hari lalu, Ella turut mendedahkan setelah berumah tangga, dia dapat menunaikan impiannya untuk menikmati teh tarik selepas bertarawih, bersama suami. Katanya, dia memang gemar singgah di kedai mamak untuk menikmati minuman itu, selepas menunaikan solat sunat terbabit. Lalu, dia memasang impian untuk melakukannya bersama insan tercinta, apabila sudah berkahwin. Bersyukur sangat apabila hajat Ella untuk menikmatinya bersama suami tercapai, selepas pulang dari melakukan solat Tarawih, sejak hari pertama lagi, katanya dengan nada manja, seperti biasa. Kira-kira sebulan bergelar isteri, Ella tidak menafikan banyak perkara harus dipelajarinya untuk melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina. Setiap hari ialah pembelajaran baru buat Ella. Pada Ramadan ini, selepas bersahur dan bersolat, Ella tidak boleh terus tidur kerana perlu menyiapkan pakaian suami pula. Tiba waktu berbuka pula, Ella akan siapkan juadah dan biasanya kami akan beli makanan di bazar Ramadan saja. Ia lebih mudah kerana masing-masing bekerja. Namun sekarang ini pun Ella sedang belajar memasak. Selepas ini juga Ella sudah tidak boleh memikirkan selera sendiri kalau nak beli juadah atau memasak di rumah. Kenalah juga tanya selera suami. Namun Ella bersyukur kerana Azhar tidak pernah cerewet dengan apa yang ada, malah dia cukup memahami diri masing-masing, katanya. Belum bincang sambutan Aidilfitri Bermula awal Ramadan lalu, seperti pasangan lain yang baru berkahwin, Ella dan suaminya turut mula mengunjungi rumah sanak-saudara, dalam usaha mengeratkan lagi tali silaturahim. Itulah antara aktiviti kami sepanjang Ramadan ini. Awal-awal lagi kami sudah berkunjung ke rumah sanak-saudara, baik di pihak Ella mahupun suami. Memang Ella seronok sangat kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang masih baru ini, katanya. Sementara itu, berbicara mengenai persiapan raya pula, Ella mengakui belum sempat berbincang bersama suaminya berhubung perkara itu. Kami tidak sempat berbincang apa-apa pun lagi. Dari segi pakaian pun kami belum pasti, sama ada ingin memakai baju sedondon, atau sebaliknya. Kuih-muih dan duit raya juga belum diputuskan. Begitu juga kami belum tahu di mana kami akan meraikan raya pertama, sama ada di Klang mahupun kampung halaman suami di Muar, Johor, katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails