Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Belum rezeki dapat anak

"Kalau tanya konsep, ia merupakan konsep ‘sesuka hati’ oleh saya dan Mawi. Setakat ini kami mengubah rumah ini hampir 70 peratus daripada bentuk yang asal," – EKIN

Sudah lebih setahun bergelar suami isteri, pasangan penyanyi popular Mawi atau Asmawi Ani dan Ekin (Nora' Asikin Rahmat) kini bagaikan belangkas, asyik bersama ke mana berpergian. Malah, ada kawan-kawan mereka memberitahu Mawi dan Ekin macam pasangan baru bercinta kerana selalu berkepit, langsung tidak berenggang.

Tidak pernah merasa terkongkong memandang Ekin kini juga menjadi pengurusnya, Mawi merasakan jadualnya kini semakin teratur.

"Sekarang ini kami rasa bebas. Dulu, masa sebelum kahwin, kami tiada ruang untuk keluar macam pasangan bercinta lain. Sekarang ini kami jadi lebih akrab. Sampaikan orang kata kami ni macam pasangan baru bercinta," tutur Ekin.

Kerana itu, Mawi tidak kisah untuk berkorban masa dan tenaga untuk merancang kejutan buat Ekin pada hari jadinya itu baru-baru ini.

Pada majlis tahlil, doa selamat dan hari jadi Ekin, ia disambut dalam keadaan yang sederhana tetapi tetap meriah dengan dihadiri oleh ramai artis, media serta teman-teman rapat pasangan ini. Pasangan ini juga menganjurkan doa selamat untuk arwah bapa Mawi, Ani Ahmad yang meninggal dunia pada 1 Julai 2006.

Beritahu Mawi, memandangkan dia belum lagi membuat majlis doa selamat sempena rumah barunya itu, dia mengadakan majlis itu sekali dengan tahlil arwah bapanya dan pada malamnya, disambut pula hari lahir Ekin bersama kembarnya Ain.

Menariknya, Mawi memberikan kejutan kepada Ekin dengan membawa aktres pujaan isterinya, Erra Fazira hadir ke majlis itu.

"Ekin memang dari dulu sukakan lakonan-lakonan Erra. Dia ada cuba hubungi dan SMS Erra untuk menjemput Erra ke majlis hari jadinya, tapi Erra tak layan. Memang kami sengaja merancang supaya Erra tidak membalas sebarang panggilan Ekin," seloroh Mawi.

Sinar kebahagiaan jelas terpencar pada wajah Ekin apabila Mawi membuat kejutan untuk hari lahir isteri tercinta.

Terus Ekin berkata, "Mana taknya, saya telefon, tak diangkat, mesej pun tak dibalas. Jadi, rasa macam tak seronok bila hajat mahukan Erra hadir ke majlis saya tak tercapai.

"Memang sejak zaman sekolah lagi saya sukakan personaliti dia. Kalau ke majlis-majlis, adalah saya berjumpa dengannya, tapi takkan nak buat muka teruja di khalayak ramai dan minta autograf," kata Ekin sambil disambut Mawi lagi : "Bayangkan, masa ada program Gugu Gaga Erra, hari-hari dia tengok rancangan itu. Saya nak tukar ke rancangan lain pun tak boleh. Sampaikan saya terpaksa beli TV baru untuk menyaksikan program lain dan main video."

Dalam pada itu, Ekin memberitahu, majlis hari jadi seperti ini adalah kali pertama dan terakhir untuknya disambut secara meriah. Selepas ini apa yang Ekin inginkan bagi setiap tahun tarikh kelahirannya adalah dengan menjaga keluarga yang sedang dibinanya bersama Mawi serta bahagia di sisi insan yang tercinta.

Gugur kali kedua
Dalam bercerita mengenai detik-detik gembira bersama, pasangan itu mendedahkan untuk kali kedua, Ekin disahkan keguguran kandungan yang baru memasuki usia tiga minggu pada Ogos lalu.

Enggan memberitahu umum mengenai berita sedih itu pada awalnya, pasangan ini lebih selesa merahsiakannya buat sementara agar emosi masing-masing kembali tenang.

Kehadiran pelakon dan penyanyi Erra Fazira merupakan hadiah istimewa Mawi buat Ekin.

"Saya memang sedih, dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Cuma yang pasti, Ekin menerima kesan yang mendalam. Masa pertama kali gugur, tak adalah risau sangat, tapi bila gugur buat kali kedua, dia risau jika sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Dia mendapat tahu berita itu ketika saya berada di luar rumah dan masa itu dia bersama Ain, menangis-nangis.

"Kami pun tahu tentang kandungan itu melalui pemeriksaan sendiri dan bila lihat positif, rasa seronoklah. Masa bercuti di Korea lagi dia dah mula rasa sakit-sakit perut.

"Tak sangka pula bila buat pemeriksaan, doktor sahkan Ekin keguguran," kata Mawi lagi.

Sedikit terganggu emosi dengan berita tersebut, bagaimanapun, pasangan ini tidak pernah berputus asa untuk menanti rezeki anak di masa akan datang.

Rumah dimasuki pencuri
Bercerita mengenai banglo mewah yang dimiliki sejak setahun lalu, Mawi memberitahu rumah itu antara yang termurah yang dibelinya berbanding dengan rumah-rumah yang berada di sekitarnya.

Menurut Mawi, dia beruntung kerana rumah yang dibeli daripada seorang rakan berketurunan Cina berharga RM1.8 juta, sedangkan rumah-rumah di sekitarnya bernilai lebih RM3 juta.

Mengejutkan, banglo tersebut pernah dimasuki pencuri, malah pencuri itu siap bermalam lagi di bilik atas rumah Mawi.

"Pertama kali saya melihat rumah ini, tidak ada siapa pun tahu, termasuklah Ekin. Bila dah berkenan, saya terus beli dan duduk di rumah ini sebelum berkahwin lagi.

"Kejadian dimasuki pencuri terasa macam kelakar pula sebab saya dan teman saya, Ali, bertelagah kononnya saya ambil air botol dia, dan saya pula menuduh dia mencuri pengecas telefon bimbit saya.

Inilah rupa kamar beradu Mawi dan Ekin.

"Keesokan hari pula, bila saya naik ke bilik atas, dua barang itu ada dalam bilik tersebut dan air kawan saya hampir habis diminum.

"Nasib baik tiada barang penting yang hilang. Orang itu curi tabung saya saja," katanya.

Dekorasi rumah
Melihatkan dekorasi rumah pasangan bahagian ini, Mawi dan Ekin lebih menggemari rumah berkonsep sederhana tetapi cantik.

Meskipun berkemampuan mengupah pereka hiasan dalaman tetapi Mawi dan Ekin lebih selesa menghias kediaman mereka dengan tangan sendiri.

Menyerahkan konsep hiasan kepada Ekin, wanita berusia 30 tahun itu menghias mengikut kehendak hati dan kesesuaian ruangan rumahnya itu.

"Kalau tanya konsep, ia merupakan konsep 'sesuka hati' oleh saya dan Mawi. Setakat ini kami mengubah rumah ini hampir 70 peratus daripada bentuk yang asal.

Setiap tahun Ekin menyambut hari lahir bersama kembarnya Ain.

"Mawi siap beli meja snuker dan letak di tengah-tengah rumah. Di tempat snuker, kami memang ikut konsep snuker. Memang hari-hari dia main bersama teman-temannya.

"Ada juga beberapa barang rumah yang dihadiahkan oleh pemilik rumah serta hadiah daripada kemenangan Mawi," kata Ekin yang turut merasa kesunyian tatkala Mawi tiada di sisi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails