Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nora Danish Sedia Memaafkan Andai...


"Nora agak terkilan apabila hal perselisihan kami diperbesar-besarkan media. Nora memang berniat untuk maafkan dia tapi tak perlulah semuanya disensasikan.

"Hal Nora bersalam dengan dia di shopping complex pun dibesarkan juga. Seolah-olah Nora sudah berbaik dengan dia padahal kami belum berbaik sepenuhnya. Nora bukan pendendam tapi bagilah Nora masa untuk semua itu.

"Nora sedia maafkan dia sekiranya dia minta maaf secara ikhlas atas apa yang telah berlaku. Tak perlulah dihebohkan apa-apa kerana banyak hati yang perlu dijaga dan Nora tak suka dijadikan bahan kontroversi," Nora Nanish meluahkan rasa hati pasal hubungannya dengan Fasha Sandha kepada Mangga Online.

Adegan dengan Fasha

Nora dan Fasha disatukan dalam drama Spa Qistina musim ketiga. Penyatuan ini menjadi kontroversi apabila diketahui umum kedua-duanya tidak sebulu apabila Fasha dituduh menjadi punca keruntuhan rumahtangga Nora dan Rizal Ashram.

"Nora terima watak ini kerana memang teringin sangat berlakon dengan Global Station (penerbit Spa Qistina). Nora tak ada masalah untuk berlakon dengan dia.

"Hadapi dengan tabah saja bila berdepan," ujar Nora tersenyum.

Mengakui kedua-duanya berada dalam industri hiburan, lambat laun akan bertemu jua. Namun bagi Nora, semua itu hanyalah sebahagian daripada dugaan hidup yang harus ditempuhi.

"Sudah setahun perkara itu berlaku namun sakit masih ada. Nora pun bahagia dengan hidup sekarang walaupun tanpa suami.

"Hubungan dengan keluarga mertua sangat baik walaupun kami sudah bercerai," kata Nora mengakui masih tidak dapat melupakan bekas suaminya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails