Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jang, Ko akui bercinta


PERCINTAAN antara pelakon Korea Jang Dong-gun dan Ko So-young sering kali dinafikan oleh pasangan itu. Mereka masing-masing tidak mahu mengakui wujudnya rasa cinta dan lebih selesa untuk berdiam diri.

Jang dan Ko disatukan buat pertama kali menerusi filem Love Wind, Love Song pada tahun 1998. Sejak itu mereka bijak mengelak daripada berbicara soal cinta kepada media.

“Mereka sekarang tidak boleh dipisahkan. Ada khabar angin mengatakan mereka pernah berpisah beberapa kali sebelum ini. Tetapi akhirnya, Jang dan Ko kini berada di ambang perkahwinan,” kata agensi pengurusan Jang.

Agensi itu juga berjanji akan menyebarkan berita baik kepada semua setelah pasangan itu bersedia mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails