Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lisdawati selamat lahirkan bayi perempuan


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pelakon terkenal, Lisdawati Nazaruddin, 30, selamat melahirkan anak keduanya di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru di sini semalam.

Bayi seberat 3.13 kilogram yang diberi nama Nur Aina Fazheesya itu merupakan anak kedua Lisdawati hasil perkahwinannya dengan pelakon, Fauzi Nawawi, 36.

"Saya dan suami serta ahli keluarga amat gembira dan bersyukur dengan kelahiran puteri kedua kami.

"Anak pertama saya dilahirkan menerusi pembedahan tetapi kali ini saya dapat melahirkan secara normal.

"Pengalaman menjadi seorang ibu memang sangat istimewa dan saya gembira dapat menambah ahli keluarga. Rumah akan menjadi semakin meriah dengan kehadiran Aina dan anak pertama saya, Aini ada kawan,'' katanya.

Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati berkata demikian ketika ditemui di pusat perubatan tersebut di sini hari ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails