Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jamal tak muncul takut kena tipu


Penyanyi pop nombor satu negara Jamal Abdillah terkilan apabila ada orang bercakap kononnya dia tidak bertanggungjawab.

Kisahnya macam ni. Beberapa minggu lalu Jamal dijemput oleh sebuah syarikat kewangan untuk membuat persembahan makan malam.

Malangnya dalam majlis itu Jamal tak muncul-muncul. Yang ada hanyalah pengacara majlis iaitu seorang pelawak popular.

Jamal dikatakan memberi alasan tidak sihat untuk membuat persembahan dan hanya berada didalam bilik hotel.

Akibat insiden itu, timbul macam-macam persepsi negatif tetamu majlis itu termasuklah ada yang menuduh kononnya Jamal tak ada disiplin.

Berikutan timbulnya cerita itu, Jamal rasa tak sedap hati kerana dia bukan seperti yang maksudkan.

Mungkin penonton atau tetamu majlis makan malam tu tak tahu apa sebenarnya yang terjadi sehingga Jamal membuat keputusan untuk tidak muncul di pentas.

Minggu lalu pembantu Jamal yang mahu dikenali sebagai Man menghubungi Niezam untuk menjelaskan perkara sebenar.

Kata Man, tuduhan sesetengah pihak mengenai perilaku Jamal itu tak betul sama sekali.

Menurut Man, apa yang membuatkan Jamal tak mahu buat persembahan kerana berlaku masalah dengan pihak yang menguruskan acara berkenaan. Dia bukan sengaja nak lari atau nak cari pasal. Cuma takut kena tipu.

"Abang Jamal memang dah bersedia untuk menyanyi cuma dia takut pihak penganjur tak bayar baki wang yang dijanjikan untuk persembahan malam itu," kata Man.

Ceritanya macam ni. Beberapa hari sebelum Jamal buat persembahan, dia dah dapat wang pendahuluan yang diberi dalam bentuk cek.

Sayangnya cek itu cek tendang. Jadi Jamal pun minta pihak tersebut berikan dia pendahuluan secara tunai dan mereka memenuhi permintaan tersebut.

Masa majlis itu berlangsung, Jamal meminta baki wang yang dijanjikan tetapi pihak berkenaan masih memberikan cek walaupun pada asalnya mereka sudah bersetuju untuk memberi wang tunai.

Alasannya Jamal takut cek yang diterima pada malam itu cek tendang sebab dah ada pengalaman semasa menerima cek sebelum ini.

Apabila pihak yang menguruskan acara berkenaan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, maka Jamal tidak dapatlah nak buat persembahan.

Pada Niezam tindakan Jamal tu betul. Bukannya apa, selama ni terlalu ramai artis yang kena "kapur" dengan promoter pertunjukan pentas.

Ada sesetengahnya janji nak bayar tapi bila artis dah habis buat persembahan, promoter cabut lari. Artis juga yang melopong lepas tu.

Dalam hal ini Jamal terpaksa berhati-hati kerana dia tak mahu pengalaman yang mungkin pernah dilaluinya sebelum ini terjadi dalam hidupnya.

Kepada sesiapa yang hadir pada majlis makan malam itu harap-harap fahamlah dengan situasi yang berlaku.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails