Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jumpa di mahkamah!


Arianie (kiri), di luar mahkamah bersama peguam.


SELEPAS lima tahun bercerai, akhirnya, Arianie Mohd Abidin, 'mengheret' bekas suaminya, penyanyi dan pelakon terkenal, Hattan ke mahkamah syariah! Pun begitu, prosiding tuntutan nafkah edah dan mutaah Arianie pada 4 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, terpaksa ditangguhkan apabila Hattan tidak hadir apabila dia mengemukakan sijil cuti sakit kepada pihak mahkamah.

Penangguhan itu dibuat selepas peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Arianie memaklumkan bahawa pihaknya masih menunggu kebenaran bertulis daripada Jabatan Insolvensi Malaysia. Kes yang didengar oleh Hakim Syarie, Ghazali Ahmad ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 Disember depan.

Hattan dan Arianie mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Eiman yang kini berusia 11 tahun dan dipelihara oleh bapanya. Namun, pada 10 Mac 2005, Hattan melafazkan cerai talak satu secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad di mahkamah yang sama.

Arianie yang ditemui selepas prosiding memaklumkan dia membuat tuntutan edah dan mutaah yang difailkan mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

"Selepas lima tahun bercerai, namun apabila ia menjejaskan kerjaya saya sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), saya terpaksa membawa kes tuntutan ini ke mahkamah. Apabila tidak mendapat kerjasama daripada dia (Hattan), jalan terbaik ialah mendapatkan khidmat peguam. Saya cuma tuntut nafkah edah dan mutaah, namun jumlahnya tak pasti berapa, saya serahkan kepada peguam menentukannya.

"Apabila pihak Imigresen tidak membenarkan saya terbang keluar negara menjalankan tugas, ia menjejaskan periuk nasi saya apabila ada beberapa perkara lain harus saya dan bekas suami selesaikannya," kata Arianie ringkas apabila dia tidak dibenarkan bercakap panjang lebar oleh peguamnya.

Sementara itu, Hazirah memaklumkan, ada usaha untuk menghubungi Hattan bagi berbincang secara baik di luar mahkamah, tapi tidak mendapat kerjasama daripadanya. Justeru, dia mengharapkan Hattan hadir ke mahkamah pada 7 Disember ini untuk melancarkan prosiding tuntutan.

Bagi Zubir yang mengenali Hattan dan Arianie secara dekat, amat berharap kedua-duanya dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Zubir pula tak mahu komen panjang lebar kerana kes ini sudah pun diheret ke mahkamah, jadi tunggu sajalah keputusan Hakim.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails