Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pelakon hamil di Lombok


KUALA LUMPUR: Artis remaja yang dilarikan kekasihnya ke Lombok, tiga bulan lalu, disahkan berada di pulau timur Indonesia itu dan mengandung beberapa minggu selepas mereka dipercayai berkahwin sebaik tiba di pulau itu.

Berita mengenai artis berkenaan, Salsabila Yunan, 15, atau dikenali sebagai Bella mengandung disahkan dua wakil Migrant Care yang menemuinya di Kampung Bara Bali, Lombok Tengah, petang kelmarin.

Wakil Migrant Care, Alex Ong, berkata Bella sihat dan dia kini hamil selepas dinikahkan dengan lelaki bernama Hafiz oleh imam kampung berkenaan dikenali sebagai Haji Makmur.

“Wakil Migrant Care di sana (Lombok) tidak tahu bila Bella bernikah kerana dia tidak banyak bercakap. Bella agak terkejut dan wakil kami cuba memujuknya supaya pulang. Kami memberitahu keadaan ayahnya yang uzur di negara ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, bapa Bella, Yunan Mat Ayat, 77, berkata jika benar anaknya mengandung, dia masih sanggup menerima kepulangannya.

“Bella anak kesayangan saya dan dia ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil.

“Saya sakit dan sudah tua. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, saya berharap sangat dapat bertemu anak saya itu dalam apa jua keadaannya,” katanya.

Yunan berkata, dia sudah diberitahu mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki yang membawa Bella ke pulau berkenaan, beberapa hari lalu.

Malah, katanya, Bella ada memberitahu mengenai perkara itu ketika mereka berbual melalui telefon pada 23 Oktober lalu.

Yunan yang dihubungi malam tadi berkata, jika sudah ditakdirkan sedemikian, dia akan tetap menerima Bella seadanya walaupun berbadan dua.

Namun, pesara itu mengakui berat hati untuk menerima Hafiz sebagai menantu.

“Anak yang dikandung Bella akan saya terima dengan reda. Lebih penting, dia pulang kerana saya sudah uzur dan terlalu merinduinya.

“Sejak dia dalam tahun tiga sekolah rendah selepas arwah isteri kedua saya meninggal dunia, anak tunggal daripada perkahwinan kedua saya itu dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang.

“Saya sangat faham dengan Bella. Dia amat manja, malah makan pun memilih. Di rumah, dia suka makan burger pada malam hari tetapi entah bagaimana dia menyesuaikan diri dengan kehidupan di Lombok,” katanya sedih.

Menurutnya, dia turut melakukan solat hajat dan meminta bantuan ahli agama serta orang ramai dengan harapan Bella akan pulang ke negara ini dengan selamat.

Kisah Bella dilaporkan Harian Metro pada 31 Oktober lalu apabila Yunan mengadu kehilangannya dipercayai dilarikan seorang lelaki penduduk asal Pulau Lombok dikenali sebagai Hafiz ke Kampung Bara Bali, Lombok Tengah.

Susulan itu, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat Migrant Care serta Kijang Care bersedia membantu menyelamatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Batu Muda di sini.

Antara drama yang pernah dilakonkan Bella sebagai pelakon tambahan ialah Gerak Khas, Renjis, Ke Syurga Cinta dan iklan Ribena.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails