Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pembantu rumah pecahkan rahsia


PERTUNANGAN artis jelita Indonesia, Dian Sastrowardoyo dengan kekasihnya, Indraguna Sutowo yang bakal berlangsung tidak lama lagi sepatutnya menjadi perkara yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Malangnya, berita itu tidak lagi menjadi sesuatu yang mengejutkan apabila salah seorang pembantu rumah Dian yang enggan dikenali memecahkan tembelang itu kepada pihak media yang menagih cerita eksklusif tersebut.

Pembantu rumah itu memberitahu kediaman majikannya di Jalan Bangka Raya 49 itu sudah didatangi oleh perancang majlis yang mula membuat ukuran kawasan rumah bintang yang terkenal dengan filem Ada Apa Dengan Cinta itu.

"Baru-baru ini halaman rumah Dian sudah diukur oleh dua orang petugas kerana mahu mendirikan singgahsana untuk majlis pertunangan yang bakal berlangsung akhir bulan November ini," katanya ketika ditemui media Indonesia pada awal minggu lalu.

Ketika diminta untuk mengesahkan tentang majlis pertunangan itu, pembantu rumah naif yang sudah terlepas cakap tentang majlis itu tidak dapat menafikannya lagi.

"Acaranya pasti dijalankan November ini cuma tarikhnya saja tidak dapat saya pastikan. Paling penting, resepsi persandingannya bakal diadakan pada Februari tahun depan," jelasnya yang enggan memanjangkan temu bual kerana bimbang dimarahi majikannya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails