Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Makin laris


Model dan pelakon berbakat ini pernah menarik perhatian produksi antarabangsa apabila membuat penampilan menerusi filem indie Hollywood, Make Yourself at Home pada tahun lalu.

Bakat seni Hye Kyo terlebih dulu dikesan selepas muncul juara pencarian model di SunKyung Smart ketika masih menuntut di sekolah lagi.

Dia kemudian menerima tawaran membintangi drama setiap hujung minggu, Happy Morning menerusi saluran stesen televisyen Korea, KBS sekitar 1996.

Begitu juga penampilan menerusi beberapa drama hit di Korea seperti All In dan Autumn Fairy Tale.

Bagi peminat siri Korea di Malaysia pastinya mengingati watak gadis jelita sebagai Han Ji Eun menerusi mini siri, Full House yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Lakonan berkesan Hye Kyo menerusi siri itu membuatkan bintang berzodiak Sagitarius ini semakin dikenali ramai.

Populariti yang melonjak menyebabkan dia kerap disunting menjayakan pelbagai iklan komersial termasuk duta produk. Ketika ini, dia turut tersenarai antara model antarabangsa yang menandatangani kontrak bersama agensi bakat, Eden 9.

Ternyata, rupa paras dan bakat menjadi taruhan gadis yang dilahirkan di Seoul, Korea Selatan ini. Penampilan pertama di layar kaca menerusi drama, Happy Morning ternyata menarik perhatian. Kejayaan seni Hye Kyo semakin berkembang ketika tampil menjayakan satu demi satu drama dan sitkom.

Menerusi drama siri Korea KBS, Autumn Fairy Tale sekitar 2000 gandingannya bersama Song Seung Hun dan Won Bin mendapat sambutan menggalakkan ketika ditayangkan di seluruh Asia. Siri berkenaan menjadi sangat popular apabila ia berkisar kepada kisah percintaan membabitkan tiga individu dan disampaikan dengan cukup dramatik.

Hye Kyo juga meluahkan keinginannya untuk beraksi di samping beberapa bintang Hollywood sekali gus mencipta nama di pentas antarabangsa.

"Pada saya pembabitan dalam dunia seni dilakukan atas minat yang mendalam selain menjadikan ia sebagai kerjaya. "Saya berpendapat kerjaya dalam bidang seni mempunyai masa depan yang cerah jika setiap individu yang menceburinya secara serius dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap tugas yang diberikan.

"Sejak terbabit dalam dunia seni tiada istilah puas dalam hidup saya. Apa yang saya harapkan kerjaya seni dapat berkembang di peringkat antarabangsa," katanya.

Lakonan sebagai teraju utama di samping bintang Korea, Lee Byung Hun dalam drama All In ternyata meninggalkan kesan tersendiri.

Kejayaan diraih menerusi lakonan mantap di samping bintang pop, Rain menerusi siri televisyen komedi popular, Full House ternyata meletakkan gadis ini di landasan tepat. Drama yang mencatat antara jumlah penonton tertinggi pada tahun itu.

Hye Kyo juga tidak lari daripada kritikan akibat lakonan kaku menerusi siri My Girl and I sehingga menyebabkan dia berehat sementara daripada lakonan beberapa tahun.

Kemunculan semula di layar perak menerusi filem, Hwang Jin yang diedarkan di Korea Selatan sekitar Jun 2007.

Menurutnya, dunia hiburan bagaikan sudah sebati dalam hidupnya, tidak kira sukar dan sebesar mana cabarannya tetap ditempuhi.

"Lakonan dan bidang peragawati adalah bidang seni yang saya ceburi, malah sebagai mata pencarian utama saya. Begitupun, kadangkala saya seakan tidak percaya dan lucu apabila memerhatikan gelagat ketika tampil di televisyen.

"Namun begitu saya tetap berasa puas selepas berjaya menunaikan impian sejak kanak-kanak untuk terbabit dalam bidang ini," kata Hye Kyo jurucakap YouTube Symphony Orchestra itu.

Perancangan untuk menghasilkan klip video Hallyu Queen terlaksana juga menerusi kerjasama yang dijalinkan oleh StarM Planning Entertainment.

Biarpun penggambaran selesai namun tarikh edaran belum ditentukan. Difahamkan menerusi perbincangan pihaknya dan syarikat StarM menunggu tarikh yang sesuai untuk diedarkan di pasaran tempatan seterusnya antarabangsa.

Ketika menyertai Festival Cannes 2008, Hye Kyo dimaklumkan berita gembira oleh pengarah terkenal, John Woo yang akan menjadi sebahagian daripada pelakon di samping bintang Taiwan, Chang Chen menjayakan penggambaran filem, 1949.

Kehidupan peribadi Hye Kyo juga tidak lari daripada gosip membabitkan hubungan cinta di samping beberapa aktor kacak daripada Korea. Populariti dan rupa paras jelita yang dimiliki bintang Korea ini membuatkan ramai jejak cuba mendekatinya.

Dia pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon terkenal Korea, Lee Byung Hun yang turut membintangi drama siri All In. Setahun selepas membintangi drama World The Live In bersama pelakon Hyun Bin. Tanpa segan silu mengakui kepada umum bahawa dia dan Hyun Bin sedang menyulam cinta.



PROFIL

NAMA: Song Hye Kyo

TARIKH LAHIR: 22 November 1981

TEMPAT LAHIR: Seoul, Korea Selatan

KARIER: Pelakon dan peragawati

MEMULAKAN KERJAYA: Sejak 1996 sehingga sekarang

STATUS: Bujang

HOBI: Bermain Internet & melancong

TV: Music Bank, Angels in Love Letter dan Gippeun Toyoil

FILEM: 1949, Make Yourself at Home (indie filem), Sidus: Hwang Jin-i,

PENCAPAIAN: Juara Pengurusan Bakat Model 1996, Pelakon Terkenal Korea di Anugerah Gold Song Hong Kong 2001, Pelakon Terbaik Kategori Drama (Full House) Anugerah SBS 2003, Pasangan Terbaik Kategori Drama (bersama Rain), Pelakon Wanita Terkenal di Asia (Drama) Anugerah KBS 2004, Pelakon Wanita Terbaik Kategori Drama (Full House) dan Pasangan Terbaik kategori drama (bersama Hyeon Bin Won) 2008.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails