Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kekasihku bukan Mat Rempit-Raja Farah


DUNIA percintaan dalam filem dongeng klasik seperti Cinderella sering kali menjadi igauan pelakon remaja, Raja Farah Raja Aziz. Kisah putera raja menjejak cinta sejati berdasarkan petunjuk yang ditinggalkan sebelum jarum menjengah angka 12 tengah malam.

Berkat kesabaran sang putera, akhirnya bertemu dengan kekasih hati walaupun menempuh pelbagai cabaran sepanjang pencarian itu.

Itulah impian wanita yang gemar disapa Farah ini. Sebagai orang muda, sudah pasti mendambakan seorang putera sejati menjadi teman hidup. Tetapi, itu tidak bermakna dia 'terdesak' dalam pencarian cinta tersebut.

Biarpun setahun menyendiri tanpa kehadiran cinta seorang lelaki, tidak bermakna Farah tidak boleh hidup. Dia juga tidak pernah terfikir untuk merosakkan diri. Apatah lagi mundur ke belakang untuk memusnahkan karier seni yang dibina hampir tujuh tahun lalu.

Tetapi kini, kisah 'gelapnya' itu telah berlalu. Sekarang dia sudah mempunyai kekasih hati.

"Benar, hati Farah sudah dimiliki. Dia melengkapkan kehidupan Farah masa kini. Rasa lebih bermakna apabila ada orang yang boleh kita mengadu saat suka dan duka bersamanya," kata Farah membius bahagia.

Baginya, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan bahagia Farah bersama teman istimewanya itu. Semuanya berlaku dengan pantas tanpa disedari hatinya sudah terpaut dengan kematangan lelaki berkenaan.

Anak tunggal perempuan dari empat beradik ini bagaimanapun enggan memperincikan maklumat mengenai kekasihnya itu. Katanya, biarlah dirahsiakan. Cukuplah sekadar meuar-uarkan kepada umum mengenai berita gembiranya itu.

Kegirangan Farah tiba-tiba disentap oleh satu cerita kurang enak mengenai hubungannya itu. Kisah yang diungkit berdasarkan tingkah laku 'terlebih mesra' semasa bersama kekasih di khalayak ramai. Lebih spesifik lagi semasa mereka beratur untuk membeli tiket wayang di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

Mengikut khabar angin itu, lagak Farah seolah-olah dia sahaja yang mempunyai teman istimewa di situ. Sentiasa berpelukan antara satu sama lain dan kedengaran juga suara manja mengganggu pancaindera orang berdekatan.

"Maafkan Farah sekiranya ada yang kurang senang dengan perlakuan Farah ketika itu. Sebagai manusia biasa, Farah akui pasti ada pihak yang tidak gemar perangai Farah. Ya, ada ketikanya, kita mahu dibelai manja oleh kekasih tetapi percayalah, ia berlaku di luar kawalan," katanya.

Kesedihan itu ditambah dengan gosip yang mengatakan lelaki yang didampingi itu adalah mempunyai lagak seperti mat rempit. Golongan yang diangkat beberapa kali ke layar perak. Penampilan selekeh dan merupakan orang yang sama dibawa Farah ketika bercuti ke Jakarta, Indonesia.

Beberapa kali Farah menafikan perkara itu. Butiran kata yang terpacul di bibirnya menjelaskan bahawa lelaki Mat Rempit berkenaan bukan kekasihnya. Sama sekali tidak sama dan bersifat fitnah semata-mata.

Pelakon drama Duranni ini memberitahu, gambaran yang diberikan oleh penyebar khabar angin itu bertentangan dengan personaliti dan cara pemakaian kekasihnya. Tambah Farah, wajah teman lelakinya itu tidak seiras pun dengan kutu jalanan. Sama sekali tidak serupa.

"Farah tidak tahu macam mana boleh terkeluar cerita tentang persamaan wajah itu. Buktikan pada Farah kalau cerita itu benar. Farah tidak goyang kalau cerita buruk Farah tersebar," tegasnya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini menjelaskan bahawa lelaki di sisi semasa berada di perut kapal terbang itu juga bukan kekasihnya. Dia adalah adik angkat yang kebetulan menaiki penerbangan yang sama ke Jakarta, Indonesia pada tahun lalu.

Bukan mereka berdua sahaja ke sana kerana penerbangan itu disertai beberapa artis yang turut sama menjayakan drama bersiri 26 episod, Kau Dan Aku yang bersiaran Astro Ria sejak 24 Oktober tahun lalu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails