Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Memey Dilamar Norman Hakim


Satu ketika dulu, gadis kelahiran Kota Tinggi, Johor ini pernah mengejutkan industri hiburan tanah air dengan kisah panasnya. Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, telah mencetuskan kontroversi apabila ditangkap berkhalwat dengan pelakon Norman Hakim pada 30 Oktober 2008 di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana. Namun kes mereka sehingga kini masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

“Pihak mahkamah ada datang lagi ke pejabat Norman untuk lakukan siasatan. Nampak gaya macam lambat lagi kes ni nak selesai. Kalau dapat diselesaikan lagi cepat lagi bagus,” ujar Memey ketika ditemui di sidang media drama ‘Bila Musang Berjanggut’ di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Umum mengetahui, hubungan Memey dengan Norman mula terjalin apabila mereka sama-sama membintangi drama bersiri 'Pasrah'. Namun hubungan mesra mereka dipandang negatif oleh masyarakat, apatah lagi Memey dikatakan punca keretakan rumahtangga Norman dan Abby Abadi.

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan pasangan ini telah bernikah secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand. Namun, kedua-duanya menafikan perkara itu.

Kini, hubungan cinta mereka semakin mekar dan difahamkan Norman dan Memey sedang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Hubungan kami berdua semakin baik. Kebelakangan ini kami banyak cakap pasal masa depan perhubungan. Abang Norman sendiri 'hint' tahun depan macam tu. Saya tak nak cakap apa-apa, takut tak jadi. Saya tak ambil perkara ini serius sangat. Kalau jodoh tu sampai tak kira tahun depan, tahun ini ke, tak kisah.

"Saya terlalu muda. Banyak lagi saya kena fikir. Bukan tak nak fikir pasal perhubungan, tapi saya mahu fikir tanggungjawab sebagai anak dulu. Baru fikir tanggungjawab sebagai isteri.

“Kalau difikirkan, terlalu awal umur 22. Perjalanan saya masih jauh lagi. Bila saya dah buat keputusan untuk kahwin, saya kena fikir seratus kali dah bersedia ke untuk kahwin. Pada saya biar masa yang menentukan. Buat masa ini, masing-masing ada hala tuju masing-masing.”

Tambah Memey lagi, baik keluarganya mahupun keluarga Norman tidak pernah memaksa mereka untuk berkahwin semata-mata untuk menutup kontroversi yang melanda.

“Keluarga saya, Alhamdulillah, mereka faham. Mereka bersikap optimis. Mereka tak suruh atau paksa saya untuk kahwin. Mereka sangat memahami saya. Keluarga abang Norman ada juga suruh kami kahwin.

“Tak ada istilah mendesak atau terdesak untuk berkahwin. Kami hanya duduk berbincang pasal masa depan. Dia faham keadaan saya macam mana. Dia pun perlu selesaikan masalah dia, masalah anak. Kalau boleh semoga jodoh kami akan dipermudahkan.”

Bagaimana hubungannya dengan bekas isteri Norman. Al-maklumlah, Memey pun dah mesra dengan anak-anak Abby. Dengan Abby pula macam mana?

“Sampai sekarang macam biasa je. Tak ada berhubung atau berjumpa untuk marah-marah. Terserempak banyak kali. Tapi masing-masing buat hal masing-masing. Belum lagi bersua muka betul-betul. Saya sentiasa mengharapkan ada ruang untuk kami berdua.”

Kontroversi lonjak nama Memey
Walaupun dihentam teruk ekoran peristiwa hitam dalam hidupnya itu, Memey akui dek kerana kontroversi yang melanda, rezekinya dalam dunia lakonan semakin bertambah.

“Alhamdulillah, memang banyak tawaran berlakon. Ada rezeki masuk. Saya sekarang tengah 'shooting' 'Roda-Roda Kuala Lumpur' musim ke-4 dan drama 26-episod ‘Bola Cinta’ sempena Piala Dunia 2010.

“Saya nampak disebabkan kontroversi saya lebih dikenali oleh masyarakat. Melangkah ke industri ni, saya pertaruhkan bakat yang ada. Lagipun produser ambil berlakon kerana bakat bukan kerana kontroversi. Jadi saya nak gunakan kesempatan ini untuk tunjukkan yang saya berbakat. Bukan sebab kontroversi semata-mata.”

Selain tawaran berlakon, Memey mengakui turut menerima tawaran mengacara. “Ada yang tawar tapi saya belum bersedia. Bukan tak yakin, cuma perlu sedikit masa lagi.”

Turut diakuinya dia masih belum puas dengan kariernya sekarang. Apabila ditanya apa lagi yang ingin dilakukannya, jawab Memey, “Banyak lagi impian saya. Saya nak sesuatu yang lebih mencabar, yang boleh membuktikan kredibiliti saya. Benda tu belum dapat, jadi kepuasan tu belum ada. Salah satu impian saya ialah saya ingin berlakon filem.

“Memang ada sebelum ini tawaran berlakon filem. Saya pun dah selesai penggambaran filem ‘Dimensi Cinta’, tapi saya tak tahu apa kesudahannya filem ini. Insya-Allah semoga ada tawaran dalam lakonan filem.”
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails