Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Putus Cinta Dengan Leez: Zizan Percaya Pada Ibu


"Benda ni sebenarnya dah setahun berlalu. Saya sendiri pun pelik kenapa baru sekarang orang nak heboh. Buat pengetahuan semua, saya 'putus' dengan dia pasti ada sebabnya. Mustahil benda tu berlaku tanpa sebarang sebab.

"Apa yang boleh saya katakan, saya percaya dengan apa yang ibu saya lihat dan apa yang ibu saya cakap. Ini bukan bermakna saya tiada pendirian, sebab saya sendiri pernah melihat perkara yang sama.

"Saya pasti dia tahu kenapa kami berdua putus. Saya rasa terkejut bila dia memberitahu pihak media tidak tahu menahu akan puncanya. Tapi saya tak mahulah bercerita tentang perkara tersebut kerana pada saya semuanya dah selesai dan kalau boleh saya tak mahu buka aib orang," ujar pelakon dan pelawak, Zizan ketika ditemui selepas Gelanggang Akhir Raja Lawak 4 Ahad lalu.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan cintanya dengan penyanyi serta pelakon yang dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia (AF), Leez yang terputus dipertengahan jalan selepas hampir setahun menyemai kasih.

Menurut Zizan, kalau boleh dia tidak mahu lagi mengulas tentang perkara tersebut dan berharap semua pihak menghormati pendiriannya. Malah dia juga enggan dikaitkan dengan Leez. Namun katanya kalau menerima sebarang tawaran pengacaraan atau lakonan yang mahu dia bekerjasama dengan Leez, dia akan lakukannya atas dasar kerja dan profesionalisme.

Walau bagaimanapun, dia menafikan dakwaan yang mengatakan dia menarik diri di saat-saat akhir daripada berlakon di dalam drama 'Janji 4 Dara' semata-mata kerana Leez turut terlibat dalam produksi tersebut.

"Saya pun pelik bila orang cakap sebegitu. Sebenarnya, ketika itu saya dan Johan ada kerja lain. Malah saya sendiri pun tidak tahu saya ditawarkan watak di dalam drama tersebut hinggalah diberitahu oleh seorang rakan pelakon.

"Sebenarnya saya tidak kisah pun untuk bergandingan dengannya dalam mana-mana drama kerana saya perlu profesional dengan kerja saya," tambahnya yang kelihatan tenang ketika menjawab pelbagai pertanyaan yang diajukan oleh pihak media.

Mahu fokus dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara, Zizan menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bertudung.

"Buat masa sekarang saya tak ada berkawan rapat dengan mana-mana perempuan. Kalau ada orang cakap terserempak saya keluar dengan perempuan bertudung, mungkin itu kenalan atau ahli keluarga saya. Ibu saya juga bertudung. Sekarang saya ada banyak kerja nak lakukan dan malas nak fikir tentang perkara tersebut. Lagipun saya sendiri masih muda lagi," katanya.

Tidak serik
Ditanya sama ada dia mahu menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana selebriti selepas ini, anak muda yang suka membuat lawak ini mengakui kalau boleh dia tidak mahu 'bercinta' dengan golongan selebriti. Namun itu tidak bermakna dia serik selepas segala pengalaman yang dilalui.

"Saya bukan serik, cuma kalau boleh saya tidak mahu pengalaman sama berulang. Tapi kalau dah jodoh, saya tak boleh nak buat apa. Apa yang penting, hubungan yang bakal terjalin itu direstui oleh keluarga. Apa yang boleh saya katakan, pengalaman banyak mengajar saya," jelasnya.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, Zizan ceria memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran 'Jozan' untuk musim kedua dan 'Kapoww!!! The Series'. Selain itu, dia juga baru sahaja selesai membintangi drama 'Kubung Man' yang mengangkat tema superhero.

"'Kubung Man' dan 'Kapoww The Series' bertemakan superhero. Saya memang suka dengan cerita sebegini kerana selain jalan ceritanya yang menarik, ia juga menyelitkan banyak adegan lucu.

"Selain terlibat dengan drama tersebut, saya juga masih menjalankan rutin saya sebagai pengacara dan sehingga kini saya sangat berterima kasih kepada program 'Raja Lawak' yang banyak memberi peluang kepada saya dalam bidang ini. Bila saya menjadi pengacara 'Raja Lawak', saya temui ramai orang dan dari situ saya belajar untuk memperbaiki diri dan memantapkan lagi kebolehan saya," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails