Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sheila & Fizo Bercinta?


Bukan sekali dua cerita ini sampai ke pengetahuan GUA, tetapi sudah banyak kali. Ramai yang ingin tahu sama ada benar atau tidak, Sheila OIAM bercinta dengan pelakon kacak, Fizo Omar. Bukan apa, kalau memang benar mereka bercinta, diharapkan percintaan mereka itu berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan.

Bagi mendapatkan kepastian, GUA ajukan pertanyaan ini kepada empunya badan, Sheila. Sambil ketawa Sheila memberitahu dia dan Fizo tidak mempunyai hubungan istimewa. Hanya sekadar kawan rapat.

“Memang Sheila tidak nafikan kami berkawan baik. Cerita tentang kami sering keluar bersama itu juga betul, tetapi kami tidak berdua-duaan, mesti mama Sheila ada menemani. Sebabnya, Fizo juga rapat dengan mama. Malah, emak Fizo juga berkawan baik dengan mama. Hubungan antara keluarga saya dan keluarga Fizo memang baik. Jadi, jangan salah faham, saya dan Fizo bukannya bercinta,” jawab Sheila sambil diperhatikan oleh emaknya.

Mengimbas perkenalannya dengan Fizo, Sheila yang kian popular selepas menyertai program realiti ‘One In A Million’ (OIAM) ini memberitahu, pertama kali dia bertemu dengan Fizo ialah ketika menghadiri pratonton filem seram Indonesia, ‘Beranak Dalam Kubur’ yang dianjurkan oleh majalah Media Hiburan.

“Pertama kali jumpa dengan Fizo, memang Sheila tidak berkenan dengan dia. Dia nampak macam berlagak. Sheila tidak suka tengok karektor dia ketika itu. Sheila hadir bersama mama dan Fizo juga bawa emak dia sekali. Sebagai rakan artis, kami saling berkenalan. Bermula daripada itulah Sheila berkawan dengan Fizo dan emaknya pula berkawan dengan mama.

“Apabila sering berhubung, Sheila menyedari Fizo sebenarnya bukanlah seorang yang berlagak, sebaliknya dia seorang yang kelakar dan bertanggungjawab. Sheila senang berkawan dengan dia sebab dia juga seorang yang dekat dengan keluarga. Secara jujurnya, Fizo adalah kawan dan penasihat yang sangat baik,” tambah Sheila sambil tersenyum manja.

Tidak menolak jika ada jodoh
Walaupun menafikan dirinya bercinta dengan Fizo, tetapi kegembiraan jelas terpancar di wajah gadis ini ketika bercerita tentang jejaka pujaan ramai ini. Bahkan, bibirnya tidak henti-henti mengukir senyuman. Tindak-tanduk itu menggambarkan seolah-olah Sheila cukup bahagia dan gembira di samping Fizo.

Lantas, GUA tanyakan kepada Sheila, adakah dia akan menerima Fizo sebagai pasangan hidup sekiranya itu jodohnya?

“Kalau memang jodoh Sheila dengan Fizo, Sheila tidak akan menolaknya. Tetapi rasanya dia sangat sempurna dan tidak layak Sheila. Bagaimanapun, Sheila tidak nafikan Fizo mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Sheila,” jawab Sheila ringkas.

Sementara itu, Sheila sempat memberitahu walaupun kedua belah pihak keluarga senang mereka berkawan tetapi emaknya dan emak Fizo ada berpesan supaya tidak berkahwin dalam usia yang muda.

“Mama Sheila pesan, kalau hendak fikir pasal kahwin tunggu dua atau tiga tahun lagi. Masa tu umur Sheila 24 tahun. Emak Fizo pun ada pesan perkara yang sama. Dia nasihat jangan kahwin awal. Mungkin mereka mahu Sheila tumpukan perhatian kepada karier dahulu,” cerita Sheila lagi.

Gubah lagu sendiri
Bercerita tentang album pula, Sheila memberitahu dia kini sedang mengumpul material untuk album terbaru. Bagaimanapun, album terbaru itu tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Sebaliknya pada tahun hadapan.

“Kali ini Shiela mahu terlibat secara langsung dengan album. Sebab itu Shiela gubah dan buat lirik sendiri. Setakat ini Sheila sudah siapkan 15 buah lagu. Mula-mula memang susah hendak buat, tetapi Aizat banyak memberi kata-kata semangat kepada Sheila untuk mencuba. Kalau semuanya okay, Sheila akan mulakan proses rakaman pada hujung tahun ini. Sheila tidak mahu tergesa-gesa kerana semuanya Sheila buat sendiri.

“Sedikit masa lagi Sheila akan buat video klip untuk single “Tiada Akhir Nanti” yang dimuatkan dalam album Sheila sebelum ini. Klip video ini akan menampilkan Fizo sebagai teman lelaki Sheila. Ayah Sheila yang akan keluarkan bajet nanti,” jelas Sheila mengakhiri perbualan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails