Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rania juga ada lesung pipit-Catriona Ross


KEHADIRAN anak adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri, sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Bagi pelakon Catriona Ross, 29, dan suami, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, kehadiran cahaya mata sulung mereka, Sephia Rania Ross-Iddin adalah pengalaman terindah dalam hidup mereka.

Rania dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram secara pembedahan jam 8.44 malam di Naluri Medical Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada tanggal 12 Mac lalu. Lebih bermakna, Rania juga mewarisi wajah kacukan Melayu-Scotland dan lesung pipit ibunya.

Ketika ditemui Rap di pusat perubatan itu, baru-baru ini, Catriona atau lebih mesra disapa Cat, 29, berkata, dia sangat teruja apabila bergelar ibu.

"Sebenarnya, saya dan suami memang merancang untuk cepat-cepat dapat anak sebaik saja kami berkahwin dulu. Sekarang, saya juga berasa saya sudah lengkap sebagai wanita, sejak kehadiran Rania," katanya.

Sebagaimana ibu lain, Cat juga mengharapkan yang terbaik buat masa depan anaknya itu.

"Saya berharap nama Rania yang bermaksud kecantikan yang mempesona itu akan terpantul pada dirinya nanti. "Sebagai ibu, saya juga berdoa, Rania akan menjadi seorang yang berkarisma dari segi sifat peribadi, akademik dan agama apabila dewasa nanti," katanya.

Bagaimanapun, kata Cat, dia juga tidak kisah jika Rania ingin mengikut jejak langkahnya menjadi anak seni pada masa depan.

"Saya juga berasa tidak adil untuk buat peraturan pada anak. Contohnya, menetapkan anak untuk menjadi doktor. Saya dan suami akan menyokong apa saja bidang yang diminati Rania nanti. Yang penting, Rania perlu menamatkan pengajiannya ke peringkat yang tertinggi seperti saya yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran)," katanya.

Ditanya pengalamannya ketika melahirkan Rania, Cat berkata, sakitnya tidak seberapa jika nak dibandingkan ketika dia terbabit dengan kemalangan ngeri pada 14 April 2007.

"Bersalin secara pembedahan memanglah memerlukan penjagaan lebih rapi berbanding secara normal. Saya juga perlu berehat di hospital selama tiga hari selepas bersalin. Apabila berjalan, saya masih terasa ngilu di kawasan jahitan pembedahan. "Namun, semua rasa sakit itu hilang dan saya juga berasa kuat apabila menatap wajah Rania," katanya. Berkongsi pengalamannya menjaga Rania yang baru berusia empat hari itu, Cat mengakui, anaknya itu senang dijaga dan tidak banyak meragam.

"Kalau saya berasa penat dan nak berehat, suamilah yang akan mengambil giliran menjaga Rania. Suami memang ringan tangan membantu saya," katanya.

Mengenai perancangan masa depan Rania pula, kata Cat, dia sudah membuat persiapan yang terbaik untuknya.

"Selepas keluar dari hospital, saya mula membuka akaun simpanan setiap bulan dan menabung untuk pendidikan dan masa depan Rania nanti. "Kami juga akan bekerja lebih keras dan menyimpan wang untuk masa depan kami sekeluarga," katanya.

Selain anggota keluarga terdekat, pelakon Sharifah Shahirah antara rakan artis yang hadir melawat Cat dan anaknya pada petang itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails