Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Leez Digantung Tak Bertali


Sejak kebelakangan ini, isu perpisahan Leez dengan pengacara dan pelakon, Zizan Raja Lawak hebat diperkatakan. Semuanya gara-gara kenyataan Leez yang tidak tahu apa punca sebenarnya perpisahan mereka.

Walaupun sudah lebih setahun mereka berpisah, namun baru sekarang kisah perpisahan mereka menjadi perbualan hangat.

“Leez sebenarnya tak faham kenapa benda ni lepas setahun baru orang nak ungkit. Nak komen banyak pun tak boleh. Makin banyak Leez komen, makin banyak orang cakap.

“Zizan ada cakap nak minta putus. Tapi Leez tak tahu apa sebab. Jika Leez tahu pun, biarlah menjadi rahsia antara kami berdua.”

Ada yang mengatakan Leez cuba meraih publisiti dengan bercerita tentang hubungannya dengan Zizan.

“Nak cari publisiti bukan dengan cara ini. Kalau Leez nak buat (cari publisiti), Leez dah buat dari dulu. Leez tak pernah buat apa-apa kenyataan selepas Leez ditinggalkan Zizan.”

Malah ada juga ura-ura mengatakan Zizan tinggalkan Leez kerana ibu Zizan tak berkenan dengannya.

“Leez nak bercakap pun takut. Bagi Leez, Leez ada keluarga, dia pun ada keluarga, jadi lebih baik berdiam saja,” katanya yang enggan komen lebih lanjut mengenai perkara ini.

Ditanya adakah dia sudah menjumpai pengganti, Leez menjawab, “Belum berpunya lagi. Buat masa ini tak terfikir lagi. Tak berminat lagi untuk cari pengganti. Kawan-kawan tu adalah."

Tuah sebagai pelakon
Nampaknya tuah Leez kini lebih ke arah dunia lakonan walaupun pembabitan awalnya di dalam bidang hiburan adalah dalam nyanyian.

“Leez sekarang lebih fokus pada lakonan, bukan tak nak nyanyi tapi rezeki lakonan mencurah-curah,” kongsinya.

Selain menerima banyak tawaran berlakon drama, Leez melangkah setapak lagi apabila memberanikan diri menceburi dunia lakonan teater. Teater pertamanya, 'Sri Mersing' sedang berlangsung di Istana Budaya sehingga 21 Mac ini. Dia memegang watak sebagai Sri Melati.

“Ini teater pertama Leez. Perbezaan teater dan drama amat ketara. Tapi alhamdulillah ramai yang membantu. Masa mula-mula risau juga bila ditawarkan sebab tahu teater ni susah.


"Lagipun sebelum ni Leez berlakon depan kamera, sekarang depan penonton. Tetapi sekarang Leez lebih yakin. Keyakinan itu Leez dapat dari rakan-rakan,” katanya yang bakal terlibat dengan teater muzikal 'Teratak Minang'.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails